Bab 8
MIA
mematikan
enjin lalu keluar dari keretanya.
"Assalamualaikum
ustazah!"
"Waalaikumussalam.
Haa... apa Fawwaz buat kat sini?"
Tengku Fawwaz
tersengih. "Saya nak sampaikan pesanan abang saya," beritahunya.
"Apa dia?"
soal Mia sambil berlagak tenang. Sedangkan jiwanya sudah bergelora ingin
mengetahui pesanan tersebut.
"Dia cakap... yang
hari ni dia tak dapat datang. Ada mesyuarat."
"Oh..." jawab
Mia pendek. Masih berlagak tenang.
'Patutlah dia tiada...
Eh! Kenapa dengan aku ni?'
"Lagi satu. Abang
Fattah kirim salam sayang rindu kat ustazah," sambung Tengku Fawwaz.
Mia diam. Tidak tahu
apa reaksi yang sesuai untuk kata-kata itu. Tengku Fawwaz ketawa kecil.
"Okeylah ustazah.
Saya balik dulu ya. Assalamualaikum!" ucapnya lalu berlari ke kereta
Mercedes Benz yang dipandu pemandu peribadi bapanya, Pak Kassim, yang diparkir
di seberang jalan.
"Waalaikumussalam,"
jawab Mia perlahan.
Matanya terkebil-kebil
memandang kereta tersebut menjauh.
'Abang dan adik sama je
perangai dia orang!' bisik hatinya.
Kemudian, dia
tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya apabila teringat Tengku Fattah. Memang
sama dengan Tengku Fawwaz!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU
FATTAH menutup pintu lalu memandang kosong kertas kerjanya
yang berada di atas meja. Hari itu merupakan hari Sabtu. Hari Sabtu bererti
tiada hari persekolahan. Tiada hari persekolahan bererti tiada berjumpa dengan
Mia. Tengku Fattah berjalan dengan malas ke mejanya. 'Sudahlah semalam tak
jumpa ustazah. Hari ni dan esok pun tak berjumpa. Haish,' keluhnya dalam diam.
Dia melabuhkan punggung
pada kerusi yang disediakan khas untuknya. Komputer riba dihidupkan. Diikutkan
hati, memang dia malas mahu datang kerja. Namun apabila memikirkan bebelan
Tengku Isma, dia merelakan jua dirinya untuk bekerja.
Tok! Tok!
"Masuk,"
arahnya dengan malas.
Matanya melekat pada
kertas kerja. Pintu dikuak dan Zara terjengul di pintu. Setiap pagi, dia perlu
menyatakan jadual bosnya itu. Jika tidak, memang tak akan ingatlah Fattah tu.
Buku notanya dibuka lalu jadual Tengku Fattah disebut satu per satu.
"Pagi ni tuan free. Pukul 3 petang, tuan ada appointment dengan Syed Lutfil dan malam
ni, pukul 8:30, tuan perlu hadiri majlis perasmian di Shangri-La."
"That's all?" soal Tengku Fattah
memandangnya.
"Ya, tuan."
"Baiklah."
Zara menganggukkan
kepalanya sebelum keluar dari ofis yang luas itu. Tiba-tiba Tengku Fattah
berhenti meneliti kertas kerja tersebut.
"Pagi
ni tuan free."
Keningnya terangkat
apabila teringat kata-kata Zara. 'Kalau pagi ni aku free, itu bermaksud...' Dia bangun dari kerusinya serta-merta. Dia
keluar dari ofisnya lalu menerpa ofis Zara.
"Pagi ni saya free?" soalnya riang.
"Ya tuan."
Senyuman Tengku Fattah
melebar. "Betul?" soalnya lagi ingin mendapat kepastian.
"Betul,"
jawab Zara geli hati.
"Okey. Sekiranya
ada sesiapa cari saya, beritahu mereka yang saya ada hal," ujarnya.
Zara menganggukkan
kepalanya tanda faham. Tengku Fattah berlari ke lif.
'Ustazah! Here I come!'
Pintu lif terbuka
membuatkan hati Tengku Fattah melompat riang.
Tidak lama lagi, dia
akan berjumpa dengan Mia.
Rindunya terhadap gadis
itu akan terubat.
Akhirnya...
"Apa Tah buat kat
sini?" tegur Tengku Ifzan yang baru keluar dari lif.
Larian Tengku Fattah
terhenti. Bunyi kaca pecah berderai kedengaran. Senyumannya mati. Harapannya
untuk berjumpa dengan Mia musnah sama sekali. "Pa, ke- kenapa
datang?" soalnya gugup. Setelah syarikat diuruskan oleh dia dan kakaknya,
bapanya tidak lagi datang ke syarikat. Tapi, kenapa bapanya datang pada hari
itu?
"Papa saja nak
datang, nak tengok prestasi kerja anak-anak papa dan pekerja syarikat,"
jawab Tengku Ifzan tenang.
Lidah Tengku Fattah
kelu. Bapanya seorang yang tegas dan sangat mementingkan kerja. Jikalau bapanya
tahu dia ingin ponteng dan pergi ke rumah 'buah hati', pasti dia dimarah dan perbelanjaannya
dipotong.
"Apa Tah buat
sini? Shouldn't you be at your office?"
soal Tengku Ifzan lagi. Nadanya lembut namun cukup untuk membuatkan seluruh
tubuh Tengku Fattah menggigil ketakutan. Dia memandang jam tangannya. 8:43
pagi.
"Err... Tah
tertinggal barang kat kereta," bohong Tengku Fattah.
"Okey. Tapi jangan
cuba untuk larikan diri pulak," tutur Tengku Ifzan lalu menepuk bahu anak
terunanya. Dia beredar dari situ meninggalkan Tengku Fattah dengan senyuman
terukir di bibir. Tengku Fattah menghela nafas lega. Mujur selamat!
Tengku Fattah menekan
butang yang menunjuk anak panah ke bawah dengan malas. Hajatnya masih belum
tercapai. Dan hari ini, hajatnya itu memang tidak akan tercapai. Wajah Mia
melayar di minda. Rindunya terhadap gadis itu membuak-buak. Mahu tak mahu, dia
terpaksa pergi ke keretanya, berpura-pura mengambil sesuatu agar bapanya tidak
bertanyakan pelbagai soalan. Pintu lif terbuka lalu dia masuk ke dalam. Butang
G ditekan dan pintu lif tertutup.
Semua yang berlaku ada
hikmahnya.
Dan ada hikmahnya dia
tidak pergi ke rumah Mia.
Agar dia tidak patah
hati...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"MIA,"
panggil
Hajjah Rohani dari luar bilik.
Mia yang sedang
menyemak buku pelajarnya bangun lalu membuka pintu. "Ya, mak?"
soalnya lembut.
"Kita ada tetamu
ni. Turunlah, layan dia," beritahu Hajjah Rohani.
"Oh. Okey okey.
Mia nak pakai tudung jap. Mak turunlah dulu."
"Jangan lama-lama
tau."
"Ye,"
jawab Mia.
Hajjah Rohani menuruni
tangga. Mia menutup pintu. Anak tudung di dalam laci dan tudung bawal yang
digantung di dalam almari dicapai lalu disarungkan pada muka. Memang tudung itu
yang selalu dipakainya setiap kali waktu kecemasan. Sudah dipin dan diseterika.
Mia keluar dari biliknya kemudian menuruni tangga. Senyuman yang terukir di
bibirnya serta-merta mati apabila melihat tetamu yang datang. Semua orang
menoleh memandangnya.
Termasuk Irfan Haziq.
"Haa... itupun
Mia. Duduklah sini. Irfan nak beritahu sesuatu kat Mia," ujar Hajjah
Rohani sambil menepuk sofa di sebelahnya. Mia hanya menurut.
Apa dia buat di sini?
Kenapa dia datang?
Soalan itu tidak
henti-henti mengganggu Mia. Irfan
menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan diri.
"Saya tahu saya
pernah melukakan hati awak, mengecewakan awak," mulanya perlahan.
Mia tunduk.
"Tapi saya kesal.
Saya kesal kerana melepaskan awak. Dan sekarang... saya ingin tebus kesalahan
saya."
Mia masih seperti tadi.
Tiada reaksi.
"Minggu depan,
saya akan masuk meminang awak," sambung Irfan.
Kepala Mia terangkat.
Matanya bulat. "Masuk meminang?" soalnya terkejut.
"Ya, masuk
meminang. Saya nak kahwin dengan awak," jawab Irfan lembut.
"Mak dan ayah
setuju?" Mia menyoal kedua-dua ibu bapanya pula.
"Ya. Apa salahnya?
Lagipun, Irfan tak bersalah 100% dalam hal itu," jawab Hajjah Rohani.
Mia menggelengkan
kepalanya. Entah mengapa, hatinya terasa berat untuk menerima Irfan semula
dalam hidupnya.
"Kahwin
dengan saya."
"Ustazah,
marry me!"
"Ustazah,
sudi tak kahwin dengan saya?"
Suara Tengku Fattah
terngiang-ngiang di pendengarannya. Matanya dipejamkan. 'Kenapa dengan aku ni?
Tetiba teringatkan Tengku?' bisik hati kecilnya. Setelah menenangkan diri, dia
kembali memandang Irfan.
"Adakah awak
ikhlas menerima saya?" soalnya.
Irfan menganggukkan
kepalanya. "Sepenuh hati saya," jawabnya. Mia diam sejenak.
"Beri saya masa
untuk berfikir," jawabnya. Tidak dinafikan, nama Irfan masih terpahat di
hatinya. Dan dia masih menyayangi Irfan. Jadi, tidak salah untuk dia memberi
Irfan peluang kedua, kan?
---------------------------
Jeng jeng jeng... harap suka... akhirnya dapat jugak buat bab ni... tak suka bab ni? Komenlah... suka? Komenlah... dan share-share kat kawan eh .. Ustazah, Marry Me dan Crushku Penculikku .. ^-^ .. nak lagi? komenlah ~~
---------------------------
Jeng jeng jeng... harap suka... akhirnya dapat jugak buat bab ni... tak suka bab ni? Komenlah... suka? Komenlah... dan share-share kat kawan eh .. Ustazah, Marry Me dan Crushku Penculikku .. ^-^ .. nak lagi? komenlah ~~

Best 3x nak lagi.
ReplyDeleteterima kasih sudi baca dan suka .. bab
Deleteseterusnya ? haha , perlu tunggu la .. ^-^
Yay! Ustazah, Marry Me! masih diteruskan! :) teruskan usaha! :)
ReplyDeletehaha .. yepp , tapi tak sepanjang masa saya upload Ustazah, Marry Me! , idea dah berkurangan sekarang berbanding Crushku Penculikku .. ^-^
Deletejgnlh kejam utk Ustazah, Marry Me..huhu
ReplyDeletetak pe, mesti happy ending punya la.. ;) , saya pun xsnggup nak bertindak kejam atas mereka berdua ni.. ^-^ , harap ikut perkembangan cerita ni. :)
DeleteMnta lah mia kahwin dgn fattah bkn dgn irfan :)
ReplyDeleteharap-haraplah begitu .. amin ~ hehe .. terima kasih sudi baca dan suka cerita ni .. kita tengoklah , Mia kahwin dengan siapa ye ? ;)
Deleteabis kat blogkan....kan..kan...Rindunyer Mia & Fatah
ReplyDeleteyepp .. :)
DeleteBla nk cntinue Mia and Fatah? :)
ReplyDeletedah post bab baru. hope enjoy. :) terima kasih kerana sudi baca Ustazah, Marry Me! :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete