Bab 3
MIA merenung bunga di sebelah tempat pemandu. Diikutkan hati, dia
memang ingin buang bunga tersebut namun itu adalah pemberian orang untuknya.
Dia mencapai bunga itu lalu keluar dari kereta.
"Assalamualaikum!"
laungnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam..."
jawab Hajjah Rohani dan Haji Yusof serentak. Mereka yang sedang berbual di
dapur sambil menghirup teh menoleh. Mia berjalan menghampiri mereka.
"Siapa beri bunga tu?"
soal Hajjah Rohani apabila melihat bunga di tangan Mia.
"Patut ke Mia buang bunga
ni?" soal Mia kembali. Soalan ibunya tidak dijawab. Malu rasanya hendak
mengaku itu adalah pemberian seorang pemuda, bukan muridnya.
"Kenapa pulak...? Sayanglah...
bukannya tak cantik..." larang Hajjah Rohani.
"Kalau mak nak... mak
ambiklah. Mia tak nak." Mia menyerahkan jambakan bunga itu kepada ibunya.
Dahi Hajjah Rohani berkerut.
"Kenapa Mia tak nak bunga ni?
Siapa yang beri?" soalnya pelik.
"Tak ada siapa-siapalah. Mia
tak nak bunga ni."
"Ni mesti daripada peminat
Mia," teka Haji Yusof.
"Eh! Tak adalah," nafi
Mia.
"Habis tu? Simpanlah..."
Dahi Mia berkerut. "Okey
okey... Mia naik dululah."
"Jangan lupa solat
Zuhur," pesan Hajjah Rohani.
"Ya mak," jawab Mia. Dia
berlari mendaki tangga. Sebaik sahaja masuk ke dalam, dia menutup pintu bilik.
"Buang atau tak? Buang atau
tak?"
Bunga itu ditenung. Lama.
"Simpan je la," putusnya.
Bukannya dia telah jatuh hati terhadap Tengku Fattah... tetapi dia hargai
pemberian itu. Mia meletakkan bunga tersebut di atas meja lalu berjalan ke
bilik air bagi mengambil wuduk.
xxxxxxxxxxxxx
"PUTUS?"
Mata Irine membulat memandang
Tengku Fattah yang dengan selambanya mengangguk.
"Yep... putus," jawabnya.
"Ke...kenapa? Apa salah
I?"
"Let's just say yang I dah bosan dengan you."
Mata Irine berkaca. "Kenapa
you ni kejam sangat?" Dia memukul-mukul dada Tengku Fattah. Tengku Fattah
menahannya daripada memukulnya.
"Jangan menangis, okey?"
pujuknya lembut.
Irine menarik tangannya lalu
mengesat air matanya yang telah pun menitis. "Kenapa you sanggup putuskan
hubungan kita?"
"I dah jumpa orang lain... dia
ada ciri-ciri gadis yang I impikan..."
"Dan you putuskan hubungan
kita semata-mata untuk gadis yang you impikan tu?" soal Irine geram.
"I tak nak menduakan
dia..."
"What's wrong with you? Tiba-tiba nak jadi lelaki setia." Sinis
bicaranya.
"Kalau you nak kata I lelaki
setia ke... apa ke... lantak you. Sekarang, I dah jumpa gadis yang selama ni I
idamkan, I akan putuskan hubungan kita."
Irine menggelengkan kepalanya.
"Ni bukan Tengku Fattah yang I kenal. Kenapa you berubah? Apa istimewanya
perempuan tu?!"
"I'm sorry Irine... I love her..."
"You tak memaksudkannya, kan? Please tell me you don't mean it. You don't
love her, right?" Air mata Irine menitis lagi.
"I minta maaf..." ucap
Tengku Fattah sebelum meninggalkan Irine seorang diri.
"Fattah!" panggil Irine
namun tidak diendahkan Tengku Fattah.
Irine terduduk di bangku itu.
"Fattah... I sayang you..." tuturnya perlahan. Dia memandang Tengku
Fattah yang semakin jauh.
xxxxxxxxxxxxxxx
ISNIN...
Mia berjalan ke keretanya.
"Ustazah!"
Mia mempercepat langkahnya sebaik
sahaja mendengar suara itu.
"Ustazah!"
Lalu Mia dipusing supaya
menghadapnya. Tengku Fattah meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Mia.
"Lepaskanlah!" Mia
menepis tangan Tengku Fattah. Dahinya berkerut.
"Apa awak nak?" soal Mia
geram.
"Nombor?"
Mia merengus geram.
"I'm single," beritahu Tengku Fattah.
"Jadi?" Mia mengangkat
kedua-dua keningnya.
"Saya putuskan hubungan saya
dengan perempuan lain semata-mata ustazah tau..."
"Awak tak ada hati perut ke?
Sesuka hati je mainkan perasaan perempuan," marah Mia.
"Eh! Perut saya ada
je..." Tengku Fattah menepuk perutnya. "Tapi hati saya dah hilang.
Ustazah ambil," sambungnya.
Mia mengetap bibir. 'Ingat aku akan
kata "aww! so sweet!"?
Memang tak akanlah! Kau ingat romantik ke kata macam tu?' gerutu hatinya.
"Dan?" balas Mia
bersahaja.
"Maksudnya... saya suka
ustazah..."
Tanpa dapat dikawal, wajah Mia
membahang walaupun dia tahu Tengku Fattah akan memberitahunya itu.
"Malaslah nak layan
awak," ujarnya lalu berjalan ke keretanya.
"Ustazah, sudi tak kahwin
dengan saya?" laung Tengku Fattah dari jauh.
Mia memandang sekeliling. Semua
pelajar sesi petang memandangnya. Mia berpaling. Dia membuat gaya 'Awak ni
kenapa?!'. Tengku Fattah mengangkat bahu sambil mengulum senyuman. Mia
menghampirinya dengan geram.
"Awak memang saja malukan
saya, kan?" marahnya.
"Nombor?"
"Awak nak saya mengamuk lagi
ke?"
"Serius! Ustazah comel kalau
marah," usik Tengku Fattah.
Mia mengetap bibir.
"Kenapa awak suka ganggu
saya?"
"Saja."
"Saya ni tunang orang..."
"So what? Bukannya suami pun..."
"Tengku Fattah Emir... tolong
tinggalkan saya. Saya rimas. Faham?" Wajah Mia serius. Tengku Fattah diam.
"Saya tak sangka ustazah ingat
nama saya. I'm touched,"
jawabnya kemudian.
Mia terlopong. Dia memejamkan
matanya bagi menenangkan diri. "Saya balik dulu. Assalamualaikum..."
Lalu dia meninggalkan Tengku Fattah yang tersengih sendirian.
"Waalaikumussalam..."
jawabnya perlahan. Dia berjalan ke keretanya.
Mia masuk ke dalam keretanya. Enjin
dihidupkan. Dia memandang luar.
"Nasib baiklah dia tak ikut
aku lagi..." bisiknya sendirian. Dia memasang tali keledar sebelum
keretanya keluar dari kawasan sekolah. Tanpa disedarinya... sebuah kereta BMW
I8 mengekorinya dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Tengku Fattah?
xxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH memberhentikan keretanya jauh dari rumah semi-detached milik ibu bapa Mia. Dia
memerhati Mia yang keluar dari keretanya untuk membuka pagar rumahnya.
"Jadi, ni rumah
ustazah..." katanya pada diri sendiri. Matanya tidak beralih dari Mia.
Sedang dia leka memerhati Mia,
telefonnya berdering. Bahu Tengku Fattah terhenjut akibat terkejut yang amat.
Dia mencapai telefonnya dengan kerutan di dahi. "Siapa call aku ni?" gerutunya. Dia
melihat nama yang tertera di skrin.
my
beloved sister
Tengku Fattah memandang jam digital
di dashboard yang menunjukkan pukul 2:25
petang. Matanya membesar. Dia terlupa dia ada appointment dengan Dato' Ehsan! Segera dia mengangkat panggilan
tersebut.
"Helo," jawabnya
tergesa-gesa. Speaker mode dienable lalu tangannya laju menukar gear ke D. Pedal minyak ditekan.
"Mana Tah hah? Tahu tak Dato'
Ehsan sudah tunggu Tah selama setengah jam?" sergah Tengku Isma
serta-merta.
Kereta BMW I8 Tengku Fattah laju
meluncur jalan. Mia yang sedang berjalan semula ke keretanya memandang keret itu sambil mengurut-urut dadanya.
"Lajunya bawak kereta,"
omelnya sendirian.
Matanya mengecil apabila melihat
nombor plat kereta itu. 'Aku pernah tengoklah kereta ni kat sekolah... tapi...
siapa?'




