Sunday, 23 March 2014

Ustazah, Marry Me! 6

Bab 6

MIA menukar gear ke P. Dia memandang Tengku Fattah yang dari tadi memerhatinya.

"Kita dah sampai... jalan keluar sebelah tu ya Tengku..." beritahu Mia sambil menunjuk pintu kereta sebelah Tengku Fattah dengan ibu jarinya.

"Ustazah tak nak masuk?" pelawa Tengku Fattah.

Mia menggeleng. Senyuman diukir di bibir. "Terima kasih, Tengku. Tapi saya agak sibuk, nak semak kerja anak murid saya." Dia mencipta alasan.

Tengku Fattah mengangguk. Dia menelefon Tengku Fawwaz.

"Helo," sahut Tengku Fawwaz di hujung talian.

"Haa... Fawwaz... tolong bukak gate. Abang lupa bawak remote." Tengku Fattah memberi isyarat.

"Oh. Okey okey," jawab Tengku Fawwaz lalu mematikan talian. Tengku Fattah menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluarnya.

"Ustazah..." katanya lirih.

Mia menoleh. 'Apa pulak helah dia ni?' desis hatinya.

"Hmm?"

"Saya minta maaf."

Mia memandang luar tingkap. "Maaf diterima."

"Ustazah tak nak tahu ke sebab saya mintak maaf?"

"Kenapa mintak maaf?" Mia melayannya jua.

"Sebab... emm..." Tengku Fattah menghela nafas. Mia memandangnya pelik. Dahinya berkerut melihat wajah pemuda itu. Tengku Fattah menggaru kepalanya. Dia membalas pandangan Mia.

"Macam ni la ustazah... saya akan buat sesuatu yang akan menyebabkan ustazah marah..."

"Dan itu adalah?"

"Alaa... nanti ustazah tahulah..."

Dahi Mia masih berkerut.

"Ustazah!" panggil Tengku Fawwaz dari luar. Mia dan Tengku Fattah tersentak. Mereka berdua menoleh. Tengku Fawwaz melambai-lambaikan tangannya riang kepada Mia. Mia tersenyum geli hati lalu membuka pintu.

"Ya, Fawwaz?"

"Jomlah masuk ustazah. Papa dan mama semua tunggu ustazah kat dalam," pujuk Tengku Fawwaz.

Mia dan Tengku Fattah berpandangan. "Ibu bapa awak tunggu dalam?" soalnya terkejut.

"I've told you, I'm sorry..." jawab Tengku Fattah selamba sambil mengangkat bahu.

Mia mengetap bibir geram. Dia memandang Tengku Fawwaz semula. "Emm... kenapa ibu bapa Fawwaz tunggu saya?"

"Saja," balas Tengku Fawwaz pendek. Dia memandang Tengku Fattah lalu mengangkat kening seperti 
berkata 'Haruskah Fawwaz beritahu perkara sebenar?'. Tengku Fattah menganggukkan kepalanya.

"Err... maksud saya... mereka nak tengok bakal menantu mereka," terang Tengku Fawwaz takut-takut.

"Bakal menantu?" Nada suara Mia naik satu oktah. Matanya bulat. Dia kemudian memandang Tengku Fattah geram.

"Sorry," ucap Tengku Fattah pendek.

Mia memicit dahinya. Mahu tak mahu, dia perlu masuk ke dalam rumah tersebut. Mahu tak mahu, dia perlu berjumpa dengan ibu bapa Tengku Fattah.

"Jom." Mia mematikan enjin. Wajah Tengku Fattah langsung tidak dipandang.

Tengku Fattah diam seribu bahasa. Dia keluar dari kereta. "Ustazah, saya minta maaf. Janganlah benci saya..." ucapnya serba salah apabila Mia keluar dari kereta. Mia mengunci keretanya lalu memandang Tengku Fattah.

"Apa awak buat tercegat kat situ? Masuklah..." tuturnya dengan nada mendatar. 'Sabar Mia... sabar...' tenang hatinya.

Tengku Fattah memandangnya sayu. "Ustazah marahkan saya ke?" soalnya.

Mia mengukir senyuman palsu. "Taklah. Saya gembiraaaa sangat. Malah, saya berterima kasih dengan Tengku," sindirnya.

"Janganlah macam tu ustazah. Saya dah minta maaf, kan?"

Mia menjegilkan matanya. "Minta maaf. Tak habis-habis minta maaf," omelnya. Dia berjalan ke dalam perkarangan rumah tersebut. Tengku Fawwaz memandang abangnya lalu mengejar Mia dari belakang. 
Tengku Fattah menampar lembut pipinya.

"Itulah kau Tah... suka sangat ikut kata hati kau... tengok apa dah terjadi sekarang," marahnya pada diri sendiri. Dia melangkah dengan lemah mengekori mereka. Dia mengeluarkan remote dari poket seluarnya. 

Dia menekan butang pada remote tersebut lalu pagar tertutup secara automatik. Tengku Fattah berpaling hendak masuk ke dalam rumah.

"Tadi kata remote tertinggal?" tegur Mia.

Tengku Fattah mengangkat kepala. Langkahnya terhenti. "Ustazah," katanya spontan.

"Hmm... cepatlah."

"Err... kenapa ustazah tak masuk dulu?"

"Awak nak saya tinggalkan awak?"

Tengku Fattah menggeleng laju. Dia tersengih.

"Jomlah. Tak pasal-pasal ibu bapa awak lama tunggu," ajak Mia.

Tengku Fattah mengangguk pula. Dia menghampiri Mia. "Ustazah tak marah dengan saya?" soalnya.

"Kalau saya marah, bukannya saya dapat undur masa pun. Tak berbaloi," jawab Mia. Dia mengundurkan 
dirinya sedikit supaya jaraknya dengan Tengku Fattah tidak terlalu dekat.

"Jadi, ustazah dah maafkan saya la ni?" Tengku Fattah semakin teruja.

"Mestilah. Tapi... dengan satu syarat." Mia mengangkat jari telunjuknya.

"Apa?"

"Tolong jangan ulangi perbuatan awak ni. Saya tak suka. Faham?"

Tengku Fattah mengangguk laju. "Faham, ustazah," jawabnya lalu tersenyum geli hati. Malu dengan perangainya yang kebudak-budakan setiap kali berjumpa dengan Mia. Mia mengukir senyum.

"Pandai anak murid saya ni..." ejeknya.

Tengku Fattah ketawa kecil. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Mia mengekorinya dari belakang.

"Ma! Pa!" laung Tengku Fattah nyaring.

Mata Mia membulat. "Ish! Kenapa terpekik-pekik panggil ibu bapa awak?" tegurnya.

"Saja," jawab Tengku Fattah bersahaja.

"Lain kali, berilah salam. Itukan lebih afdal."

Tengku Fattah menggaru kepalanya sambil tersengih. 'Adoii... kena cermah agama pulak... Itulah kau Tah, inilah akibat suka dengan ustazah... perangainya yang berbeza 360 darjah daripada kau...' bisik hati kecilnya.

"Haa... itupun Tah," ujar Sharifah Dahlia yang baru datang dari ruang makan.

"Ma! Inilah bakal menantu-"

"Ehem..." Mia berdehem kecil. Membuatkan Tengku Fattah terdiam dan memandangnya. Tengku Fattah 
kembali memandang ibunya.

"Inilah bakal menantu mama!" sambungnya tanpa mempedulikan Mia yang sudah mengetap bibir, menahan 
marah.

"Cantiknya dia..." puji Sharifah Dahlia.

Mia tersenyum simpul. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa geramnya dia dengan Tengku Fattah. Dia menyalam tangan Sharifah Dahlia.

"Cantikkan dia?" celah Tengku Fattah.

Mia berpura-pura ketawa lalu memandangnya seperti memberi amaran. Tengku Fattah turut tersenyum apabila pandangannya dan Mia bersatu.

"Jomlah makan... mama yang masak tau," pelawa Sharifah Dahlia.

Mata Tengku Fattah membulat. "Wah! Mama yang masak?" soalnya teruja.

Sharifah Dahlia ketawa kecil.

"Kenapa Tah tetiba berperangai macam budak-budak? Sudahlah gedik mengalahkan perempuan," bebel Tengku Isma yang menuruni tangga. Bukan dia tidak dengar perbualan antara ibunya dan Tengku Fattah.

Tengku Fattah terdiam. 'Ish kakak ni! Bikin malu je! Sudahlah marah orang depan ustazah!' getus hatinya geram. Mia pula gerun mendengar suara lantang Tengku Isma. Tidak dinafikan, dia memang geli hati apabila Tengku Fattah dimarahi sedemikian rupa namun pada masa yang sama, dia juga takut dengan sikap Tengku Isma yang garang.

"Kenapa Is tegur Tah macam tu? Sudahlah kita ada tetamu," tegur Sharifah Dahlia.

Tengku Isma menghampiri mereka. "Geram betul Is dengar dia menggedik macam tu. Bukannya ini kali pertama mama masak," jawabnya.

Tengku Fattah menggaru kepalanya sambil membuat mimik muka rimas. 'Kakak, pleaselah! Jangan malukan Tah depan ustazah boleh tak? Habis imej macho Tah tau!' rungutnya dalam diam.

Tengku Isma memandang Mia.

"Siapa ni ma?" soalnya. Nadanya juga berubah menjadi lembut.

"Ni bakal adik ipar Is... ustazah kepada Fawwaz," jelas Sharifah Dahlia.

Mia menghadiahkan senyuman kepada Tengku Isma lalu menyalamnya. Tengku Isma tersenyum senang. 

"Cantiknya... tak padan langsung dengan Fattah..." tuturnya selamba.

"Macamlah abang-"

Tengku Isma memberinya pandangan maut menyebabkan Tengku Fattah terdiam. Niatnya untuk melibatkan abang iparnya dibatalkan serta-merta.

"Jomlah kita makan," ajak Tengku Isma lembut kepada Mia.

Mia menganggukkan kepalanya. Dia, Tengku Isma dan Sharifah Dahlia berjalan ke ruang makan meninggalkan Tengku Fattah seorang diri. Tengku Fattah mengekori mereka dengan lemah. Sepanjang makan tengah hari, Mia hanya berbual dengan Sharifah Dahlia, bapanya iaitu Tengku Ifzan dan Tengku Isma. Tengku Fattah pula diabaikan.

Nota kaki: Maaflah kerana bab ni agak membosankan... Bab seterusnya saya pun bimbang ada yang tidak berpuas hati... Sila komen, sama ada kalian suka ataupun tidak. Pembaca dan pengomen adalah motivasi saya... Terima kasih~ :)

6 comments:

  1. bab kali ni tetap menghiburkan dan Fattah tetap dgn perangai budaknya...;) tak sabar nak baca bab seterusnya! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca dan ikut perkembangan cerita ni ... ada masa saya upload bab seterusnya .. ^-^

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih sudi baca dan kata cerita ni best .. ada masa saya upload bab seterusnya ..^-^

      Delete
  3. Replies
    1. dah upload bab seterusnya... harap suka ya... ^-^

      Delete