Bab 4
TENGKU FATTAH melabuhkan punggung pada kerusi. Dia
menghela nafas lega. Mujur Dato' Ehsan masih ingin berurusan dengannya. Jika
tidak, dia yakin bahawa Tengku Isma akan memarahinya dengan teruk sekali.
Matanya menangkap komputer ribanya yang diletakkan di atas meja. Dia
menghidupkan komputer tersebut. Senyuman terukir di bibir. Tangannya ralit
menaip 'love calculator' pada kotak
pencarian Google. Butang enter ditekan. Kemudian, dia memilih 'The Love Calculator' yang dipaparkan di
atas sekali yang tertulis 'The Love
Calculator'.
Dia menulis
'Tengku Fattah Emir' pada kotak yang terletak di bawah 'Name of person 1' manakala 'Mia Asyikin' ditulis pada kotak kedua
iaitu 'Name of person 2''. Setelah
siap menaip nama mereka, Tengku Fattah menekan butang 'Calculate!'. Jantungnya berdegup kencang ingin mengetahui keputusan
tersebut.
27%
Senyumannya
mati. "Apa ni? 27?" gerutunya sendirian. Dia membaca penerangan di
bawah angka 27% itu.
The chance of a relationship working
out between Tengku Fattah Emir and Mia Asyikin is not very big, but a
relationship is very well possible, if the two of you really want it to, and
are prepared to make some sacrifices for it. You'll have to spend a lot of
quality time together. You must be aware of the fact that this relationship
might not work out at all, no matter how much time you invest in it.
"Nonsense," marahnya. Dia kembali ke
keputusan 'love calculator' di Google. Dia menekan 'The Love Calculator - Calculator.com'
yang terletak di bawah pilihannya tadi.
Your name:
Tengku Fattah Emir
Your dream partner's
name:
Tengku Fattah tersengih. 'Your dream partner's name... hihi... tahu-tahu je dia ni yang Mia
tu 'dream partner' aku...' Tangannya
menaip 'Mia Asyikin' pada kotak dibawah 'Your
dream partner's name' itu. Butang 'Calculate
Love' ditekan. Dia menanti dengan sabar. 'Asal lama sangat loading ni?' rungutnya dalam diam. Tidak
lama kemudian...
The chances of a successful
relationship between Tengku Fattah Emir and Mia Asyikin is 100%.
Mata Tengku Fattah membulat. Dia menekup mulutnya lalu menjerit kecil. Tidak sangka bahawa keputusannya adalah 100%.
"Woah! Dia ni sindir aku ke? 100%? Fuyoo! Ini baru nama cinta sejati!" ujarnya riang. Sungguh, dia sangat gembira!
'Wajib beritahu kat ustazah ni!' desis hatinya.
Senyuman tidak lekang dari bibir.
xxxxxxxxxxxxxxxx
SETELAH selesai menyemak buku seorang pelajar, Mia menutupnya. Matanya secara tidak sengaja terhenti pada nama pelajar itu.
Tengku Fawwaz Erhan
Lama dia merenung nama itu. Tiba-tiba Tengku Fattah melayar di minda... dia teringat ketika Tengku Fattah menghadiahkan bunga kepadanya, berlari masuk ke dalam keretanya, melamarnya di khalayak orang ramai, dan tersengih-sengih apabila memandangnya. Mia menggelengkan kepalanya laju.
"Kenapa dengan aku ni? Tetiba teringatkan mamat tu?" omelnya sendirian. Dia beralih ke buku pelajar seterusnya pula.
Tok! Tok!
Pintu diketuk dari luar menyebabkan Mia menoleh. Dia bangun dari duduknya lalu membuka pintu tersebut.
"Eh... mak..." ujarnya spontan.
Hajjah Rohani mengukir senyum. "Boleh mak masuk?" soalnya.
"Masuklah... kenapa perlu tanya pulak," jawab Mia. Pintu dibuka seluas-luasnya. Hajjah Rohani masuk ke dalam dan Mia menutup pintu. Mia duduk semula untuk menyambung kerjanya. Hajjah Rohani memandang sejambak bunga ros yang terletak di atas meja kerja Mia. Keningnya bertaut.
"Kenapa Mia tak simpan bunga tu dalam vas?" soalnya pelik. Dia menghampiri bunga itu. Warnanya telah bertukar menjadi kehitam-hitaman. Matanya tertancap pada sekeping kad kecil yang diselitkan di bunga itu.
"Malaslah mak," jawab Mia sambil menyemak kerja.
Hajjah Rohani mencapai kad kecil itu lalu memberinya kepada Mia.
"Nah... Mia dah baca ke kad ni?"
Mia menoleh. Dia terkedu sekejap apabila melihat kad kecil itu. "Mana mak dapat ni?"
"Bunga tu haa... Mia tak sedar ke?"
Mia mengambil kad itu daripada tangan maknya. Hajjah Rohani pula memanjangkan lehernya, ingin melihat isi kandungan surat itu. Mia membukanya.
hai ustazah... tak ada apa-apa sebenarnya saya nak tulis ni... selalunya orang beri bunga, selitkan kad, kan? saya pun ikutlah... :)
XOXO,
Tengku Fattah Emir aka
your future husband
"Siapa Tengku Fattah Emir tu, Mia?" suara Hajjah Rohani.
Mia terkejut. Segera dia menutup kad itu. "Kawan," jawabnya. Senyuman diukir untuk meyakinkan ibunya.
"Mia fikir mak tak nampak ke dia tulis 'your future husband''?" tebak Hajjah Rohani.
Mia tersengih. "Dia memang macam tu mak... suka sangat bergurau, sampai mengaku dia tu bakal suami
Mia. Alaa mak... dia kata tu kat semua kawan perempuan dia." Mia mereka cerita.
Hajjah Rohani memberinya pandangan curiga. "Yalah tu. Mak ni ibu Mia. Mia tak dapat tipu mak... sekilas ikan di air, mak tahu mana jantan mana betina," jawabnya.
Mia terdiam. 'Ish! Kenapalaaah aku tak tengok kad ni? Kan sekarang dah kantoi...' Dahinya berkerut. Dia kembali memandang kerjanya. 'Eh! Kenapa pulak aku perlu risau? Kantoi pasal apa pulak? Bukannya aku dan Tengku tu bercinta pun... dia suka dengan aku... jadi apa salahnya aku beritahu mak? Berani kerana benar, takut kerana salah, kan?' Dia menggigit bibir. 'Tapi... seganlah nak beritahu mak...'
"Haa... apa yang Mia fikir tu?" soal Hajjah Rohani.
Mia memandangnya. "Tak ada apa-apalah," jawabnya sambil tersenyum nipis.
"Hmm... mak turun dululah. Mia pun sibuk, kan?" Hajjah Rohani beredar dari situ. Mia menghela nafas lega.
'Nasib baiklah mak tak desak,' fikirnya. Dia menggaru kepalanya dengan pen merah di tangannya. Matanya beralih ke buku pelajar di hadapannya lalu menyambung kerja menyemak yang tergendala.
xxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH yang sedang menanti di kereta Myvi milik Mia sambil menyorokkan sesuatu di belakangnya berpaling apabila terdengar bunyi derapan kasut. Senyuman yang diukir di bibirnya dibalas dengan kerutan dahi oleh gadis di hadapannya itu.
"Apa awak nak?" soal Mia rimas.
"Apa maksud awak?" Tengku Fattah buat-buat tidak faham. Dahinya dikerutkan.
Mia memandangnya serius. "Tengku... sekali lagi saya tanya, apa awak buat sini?" soalnya.
"Okey okey. I was just... waiting for you. Salah ke saya tunggu bakal isteri saya?"
Mia diam sejenak. Tersentak dengan jawapan Tengku Fattah.
"Saya dah bertunang, kan?" jawabnya rimas.
"Macamlah saya percaya," tutur Tengku Fattah bersahaja. Wajah Mia merah padam menahan marah.
"Haa... ustazah! Semalam saya buat ujian Love Calculator untuk kita berdua," ujar Tengku Fattah riang.
"Jadi?" balas Mia acuh tak acuh.
"Can you believe it?-"
"Tak," potong Mia dengan nada mendatar.
Tengku Fattah ketawa kecil. "Ustazah ni nakallah," katanya. Dahi Mia berkerut.
'Betul ke tak dia ni? Ketawa sebab aku potong percakapan dia,' desis hatinya pelik.
"Keputusan yang kita dapat ialah..." Sengaja Tengku Fattah berhenti di situ. Kononnya ingin membuat Mia saspen. Dipandanganya wajah Mia yang bersahaja.
"100%!" sambung Tengku Fattah riang.
"Nampak sangatlah Tengku ni menipu," ujar Mia.
Mata Tengku Fattah membulat. "Serius! Saya pun tak percaya yang kita dapat 100%!" Kening Mia
terangkat seperti tidak percaya dengan kata-katanya. Tengku Fattah tersenyum. "Tapi... itulah... the power of love... tiada yang mustahil..."
Mia terlopong. 'Power of love?'
"Nah... untuk ustazah," ujar Tengku Fattah sambil menghulurkan teddy bear besar berwarna pink yang
disoroknya sedari tadi kepada Mia. Mia memandangnya dan patung itu bersilih ganti.
"Kalau rindu saya, tengok je patung ni untuk ubatkan rindu ustazah tu," usik Tengku Fattah.
"Tak ada masa lah saya nak rindukan awak..." jawab Mia mendatar.
Tengku Fattah tersengih. "Ambiklah," katanya lagi.
Mia hanya menurut. "Terima kasih," ucapnya dengan senyuman terukir di bibir. Dia sangat suka dengan patung beruang itu. Comel! Tengku Fattah pula ternganga memandangnya tersenyum. Terpegun dengan kecantikannya. Mia yang sedar dia diperhati Tengku Fattah dengan mulut ternganga serta-merta mematikan senyuman.
"Saya balik dulu. Assalamualaikum," kata Mia sebelum masuk ke dalam keretanya.
"Ustazah!" panggil Tengku Fattah. Dia masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah Mia yang duduk di tempat pemandu sepantas kilat. Mata Mia bulat memandangnya.
"Apa awak buat sini?" soalnya terkejut.
"Tak. Saya cuma nak beritahu ustazah sesuatu."
"Apa?" balas Mia rimas.
"Ustazah comel kalau senyum."
Mia kaku seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Fattah yang menanti responnya.
"Oh, terima kasih," jawab Mia pendek, sekadar ingin menutup gemuruhnya.
Giliran Tengku Fattah pula terkebil-kebil. Dia keluar dari kereta serta-merta. Malu kerana Mia hanya memberi respon sedemikian. Sangkanya, Mia akan menjadi speechless dan wajahnya membahang. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Mia menghidupkan enjin kereta. Tanpa disedarinya, dia tersenyum sendiri.
"Eh! Kenapa aku senyum?" Seperti baru tersedar, dia menggelengkan kepalanya. Dia menekan pedal minyak. "Mia, jangan terpedaya dengan mamat tu. Jangan," pesannya pada diri sendiri.
Tengku Fattah memandang keretanya yang mula bergerak. "Bye ustazah!" laungnya sambil melambai-lambaikan tangannya. Dia tersengih sendirian.
Nota kaki: Seperti yang dijanjikan, ini bab 4. :), Harap suka dan maafkan saya kerana bab 4 ini agak membosankan. Bab 5, akan ada 'sesuatu' yang dibuat Tengku Fattah, insya-Allah... ;) , dan keputusan love calculator itu adalah benar (semuanya), bukan Tengku Fattah saja yang terkejut, saya sendiri pun terkejut dengan keputusan kedua itu! Haha... akhir kata, sila komen ya, sesungguhnya kalian adalah motivasi saya... ^-^ Sekian ~





hehe.. Tengku Fattah cam budak pompuan nak main test2 gtu.. hehe. best nak bab seterusnya.. ^^
ReplyDeleteterima kasih sudi baca cerita ni... yep, mcm budak perempuan kan Fattah tu? haha... harapkan muka je handsome... lain kali saya upload bab 5 pulak okey ? :) , sekali lagi , terima kasih sebab ikut perkembangan cerita ni...
Deleteciter nie best... best... best... cepat2 sambung ye...
ReplyDeletehaha .. terima kasih sebab sudi baca dan kata cerita ni best .. :) .. ada masa saya upload bab lima ya ? harap ikut perkembangan cerita ni .. :)
Deletehuhu x sabar pulak nk tggu bab 5 .. cik writer nnt smbung tau :D
ReplyDeleteokeyy .. terima kasih sebab sudi baca dan menanti bab 5 .. bab 5 , confirm akan ada sesuatu yg dibuat Tengku Fattah .. tunggu2 je la ya .. ^-^ , terima kasih ..
Delete