Bab 9
ISNIN...
"Assalamualaikum
ustazah!" sapa Tengku Fattah riang.
"Waalaikumussalam,"
jawab Mia dengan nada mendatar.
"Seriously, I miss you so damn much!"
Mia tidak memberi
sebarang reaksi. Tengku Fattah menggaru kepalanya. "Emm...
ustazah..." panggilnya lirih.
"Hmm?"
"Boleh saya tanya
sesuatu?"
"Tanyalah."
"Err... apa
ciri-ciri suami idaman ustazah?"
Mia menjegilkan
matanya. Dia berjalan ke tempat pemandu kereta. Apabila teringatkan Irfan akan
masuk meminangnya Sabtu ini, dia menyimpan hasrat untuk membuatkan Tengku
Fattah berputus asa dengan melayannya dengan dingin. Tengku Fattah berlari ke
tempat pemandu sepantas kilat lalu menghalangnya.
"Ke tepilah!"
marah Mia.
"Not until you answer my question."
Mia berpaling untuk
mencari pengawal keselamatan. Tengku Fattah yang sedar Mia mencari pengawal keselamatan
segera bersuara,"Kalau ustazah minta bantuan, saya peluk ustazah!"
Mata Mia membesar
memandangnya. "Kalau awak peluk saya, saya lapor kat polis! Biar satu
Malaysia tahu Tengku Fattah Emir mencabul seorang guru!"
Tengku Fattah
membasahkan bibir merahnya dengan lidahnya, ala-ala tergoda. Mata Mia semakin
membesar. "Pervert!"
"Mencabul? Wow... I like it. But I prefer, Tengku
Fattah Emir berkahwin dengan seorang guru."
"Awak fikir awak
boleh kahwin tanpa persetujuan saya?"
"Ya."
"Bagaimana?"
"Menang hati ibu
bapa ustazahlah."
"Awak fikir , ibu
bapa saya akan terima awak?"
"Of course! Siapa yang tak berkenan
dengan saya yang tampan lagi menawan ni?" Tengku Fattah memandangnya tepat
ke anak mata Mia. "Kecuali ustazah. Tapi sebab itulah saya semakin sayangkan
ustazah," sambungnya lalu mengenyitkan mata.
Mia mengetap bibir,
geram dengannya. Dia diam sejenak memikirkan cara untuk melarikan diri daripada
Tengku Fattah.
"Beritahu je la
ciri-ciri suami idaman ustazah... bukannya susah pun," rengek Tengku Fattah.
"Kenapa awak nak
sangat tahu ciri-ciri suami idaman saya?" soal Mia rimas.
"Manalah tahu...
saya ada ciri-ciri tu," jawabnya sambil tersengih-sengih.
Mia memandang
sekeliling, ingin menjalankan rancangannya.
"Ustazah, ingat...
kalau ustazah minta pertolongan, saya peluk ustazah," ingat Tengku Fattah.
Mia kembali
memandangnya. Senyuman sinis terukir di bibir. "Kalau awak berani peluk
saya, peluklah! Tapi ingat, sekali awak sentuh saya... sampai bila-bila saya
benci awak," tegasnya.
Mata Tengku Fattah membulat.
"Ustazah ugut saya?"
"Ya," jawab
Mia berani.
"Ustazah tahu tak
mengugut itu salah dari segi undang-undang?"
"Tengku tahukan
mengurat adalah berdosa?"
"Bila masa saya
mengurat ustazah?" Tengku Fattah buat-buat tidak tahu.
"Jadi, apalah yang
Tengku buat sekarang? Bukan mengurat?"
"Tak. Saya
sekarang tanya sama ada saya sesuai untuk jadi suami ustazah sebab saya nak
ustazah jadi isteri saya. Saya nak ustazah jadi yang halal untuk saya. Tapi
sebenarnya saya tak kisah kalau ustazah tak nak kahwin, sekarang pun saya boleh
peluk ustazah," jawab Tengku Fattah sambil tersenyum.
Mia terdiam.
Perasaannya bercampur baur. Terkejut kerana Tengku Fattah ingin mengahwininya
dan kasihan dengan pemuda tersebut kerana berharapan kosong. "Saya nak
balik. Tolong ke tepi," katanya dengan nada mendatar.
"Ustazah-"
"Tengku Fattah
Emir, saya bakal isteri orang, tolong jangan ganggu saya," tegas Mia.
Tengku Fattah ketawa
kecil. "Ustazah, you've used that
tactics twice and failed, dan sekarang ustazah nak guna lagi?"
"Saya
serius."
"Okeylah ustazah,
saya balik dulu. Muah!" Lalu dia meninggalkan Mia yang kecewa. Mia
memandangnya yang berjalan ke keretanya.
'Ya Allah... Engkau
bantulah aku...'
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
TOK!
TOK!
Tengku Fattah yang
sedang membuat kerja mengangkat kepala. "Masuk," arahnya.
"Tu-"
"Ke tepilah!"
sampuk seorang gadis dari belakang lalu menolak Zara.
"Tolong hormati
staf saya," tegas Tengku Fattah. Geram dengan sikap biadab gadis itu,
Sharifah Awliya, yang merupakan bekas kekasihnya.
"Tak apa, tuan.
Saya pergi dulu," beritahu Zara sebelum beredar dari situ. Pintu oak itu ditutup.
"Apa awak buat kat
sini?" soal Tengku Fattah kepada Sharifah Awliya yang sedang berpeluk
tubuh.
"Beritahu saya
sebab awak putuskan hubungan kita."
"I don't love you anymore. Full stop,"
jawab Tengku Fattah bersahaja.
Sharifah Awliya
menghempaskan sekeping sampul surat saiz A4 ke atas meja Tengku Fattah.
"Sebab ni, kan?"
Tengku Fattah
membukanya walaupun dia tahu isi kandung surat itu ialah gambar-gambar dia
dengan Mia. Ditatapnya gambar-gambar tersebut yang diambil tengah hari tadi.
Tengku Fattah tersenyum sendiri apabila melihat wajah Mia di gambar seterusnya.
Sharifah Awliya mengetap bibir geram apabila melihat senyuman Tengku Fattah.
"Tengku Fattah
Emir!"
Bahu Tengku Fattah
terhenjut mendengar suara lantang gadis itu.
"Sebab perempuan
ni, kan?" soal Sharifah Awliya sambil menunjuk gambar itu.
Tengku Fattah
menggeleng. "Nope. She's my cousin. Masa
tu saya terserempak dengan dia semasa ambil Fawwaz dari sekolah,"
bohongnya, demi keselamatan Mia. Bukan dia tidak kenal Sharifah Awliya yang
cepat mengamuk itu. Sayang, cantik tetapi pemarah. Sekiranya dia tahu Mia
merupakan punca dia memutuskan hubungan mereka, Sharifah Awliya tidak akan
teragak-agak untuk mengapa-apakan Mia.
Sharifah Awliya
tersenyum sinis. "Sejak bila awak ada sepupu bernama Mia Asyikin binti
Haji Yusof?"
Mata Tengku Fattah
bulat. "Awak upah seseorang untuk-"
"Saya tak upah
sesiapapun. Kebetulan pula saya ada kawan yang rapat dengan dia," potong
Sharifah Awliya.
"Siapa?"
"It's a secret."
"Tell me!"
"No no no." Sharifah Awliya
menggerakkan jari telunjuknya. "Cuma satu pesanan saya. Orang yang baik,
untuk orang yang baik. Cuba awak buat refleksi diri... awak ni layak ke untuk
dia?" ujarnya pedas.
Tengku Fattah terdiam. Sharifah
Awliya tersenyum sinis, suka melihat reaksinya.
"Fattah...
Fattah... biar saya jawab untuk awak." Dia menghampiri Tengku Fattah.
"Awak. Tak. Layak. Untuk. Dia," bisiknya satu per satu.
Tengku Fattah membalas
pandangannya sambil mengetap bibir. Matanya merah menahan marah.
"Awak nak tahu
kenapa? Sebab awak ni, kaki perempuan, suka enjoy,
selalu berbuat dosa... Tak seperti dia yang jauh lebih suci daripada awak. So, don't you ever dream of becoming her
husband," katanya perlahan lalu tersenyum sinis. Dia memegang dagu
Tengku Fattah namun ditepis oleh pemuda itu.
"Tolong.
Keluar," arahnya dengan nada yang terketar-ketar. Marah dan sedih, itulah
perasaannya kini. Hatinya terasa ditikam berkali-kali mendengar penghinaan
Sharifah Awliya terhadapnya.
"Okey, ingat
pesanan saya tau. Awak tak layak untuk dia," beritahu Sharifah Awliya lalu
keluar dari ofis sambil menyanyi kecil.
"Cuma
satu pesanan saya. Orang yang baik, untuk orang yang baik. Cuba awak buat
refleksi diri... awak ni layak ke untuk dia?"
"Awak.
Tak. Layak. Untuk. Dia."
"Sebab
awak ni kaki perempuan, suka enjoy, selalu berbuat dosa..."
Kata-kata pedas
Sharifah Awliya bermain di kotak fikirannya. Tengku Fattah termenung jauh,
mengingati segala dosanya. Dulu, dia mempunyai perempuan di sekeliling pinggang.
Petik saja jari, pasti ramai yang berbaris ingin menjadi teman wanitanya.
Setiap malam, dia juga akan pergi ke kelab malam dan menghiburkan diri. Namun
dia tidak pernah membawa seorang pun gadis ke katil. Baginya, dia tidak harus
menghancurkan maruah dan masa depan mereka. Dan dia juga tahu erti dosa dan
pahala. Dia tidak sejahil yang disangka orang ramai. Tengku Fattah memejamkan
matanya.
Tanpa disedarinya,
setitis air mata gugur.
