Monday, 17 March 2014
Ustazah, Marry Me! 5
Bab 5
"ADUH.. macam mana aku nak bawak patung ni masuk dalam?" soalnya pada diri sendiri apabila melihat Hajjah Rohani keluar dari rumah untuk menyiram bunga. Mia mencapai beg tangannya dan teddy bear yang diberi Tengku Fattah lalu keluar dari kereta.
"Assalamualaikum mak," sapanya.
"Waalaikumussalam..." jawab Hajjah Rohani sambil tersenyum senang. Dia memandang patung yang dipeluk Mia dengan lengan kanannya.
"Siapa beri tu?" soalnya ingin tahu.
"Kawan, mak."
"Betul? Bukan... Tengku Fattah Emir?" teka Hajjah Rohani. Mia ketawa gemuruh.
"Taklah mak. Apa mak cakap ni? Mia dan dia kawan je..."
"Mia... janganlah tipu mak. Mia tu ustazah... ajar Pendidikan Islam... Mia tahukan menipu tu berdosa?"
Mia tunduk. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Emm... Tengku yang beri ni kat Mia." Akhirnya dia mengaku jua.
"Haa... mak dah agak dah. Memang dia yang hadiahkan."
"Mia masuk dululah mak."
Hajjah Rohani menganggukkan kepalanya. Mia masuk ke dalam rumah dengan longlai. Malu kerana Hajjah Rohani tahu tentang Tengku Fattah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"FAWWAZ!" laung Tengku Fattah dari bawah sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Tengku Fawwaz yang sedang menyiapkan kerja rumahnya tersentak.
"Fawwaz!"
Kali ini, laungan itu kedengaran lebih dekat. Barangkali Tengku Fattah sedang menaiki tangga menuju ke biliknya. Tengku Fawwaz keluar dari biliknya tergesa-gesa.
"Yes?" soalnya laju.
Tengku Fattah berdiri di hadapannya sambil tercungap-cungap. Letih setelah berlari mendaki tangga lalu ke biliknya. "Boleh abang masuk?" soalnya.
Dahi Tengku Fawwaz berkerut. "Masuklah... kenapa tak boleh pulak..." jawabnya sambil mengundurkan dirinya sebagai tanda mengizinkannya masuk. Tengku Fattah masuk ke dalam. Dia duduk di birai katil lalu memandang Tengku Fawwaz.
"Kenapa ni bang?" soal Tengku Fawwaz. Dia duduk di meja belajarnya.
"Boleh tak Fawwaz tolong abang?" pinta Tengku Fattah.
"Tolong apa?"
"Emm... ini tentang Ustazah Mia..."
Lalu Tengku Fawwaz tersenyum. "Haa... apa bang?"
Tengku Fattah memberitahu Tengku Fawwaz tentang rancangannya yang akan dijalankan esok. Tengku Fawwaz pula tersengih-sengih mendengar rancangan tersebut.
xxxxxxxxxxxxx
LANGKAH Mia terhenti apabila melihat Tengku Fattah sedang tercegat di keretanya. Wajah pemuda itu innocent dan pasti akan mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya.
"Assalamualaikum," sapa Mia dengan kerutan di dahi.
"Waalaikumussalam," jawab Tengku Fattah perlahan.
"Apa awak buat sini?' soal Mia acuh tak acuh.
"Emm... kereta saya rosak," beritahu Tengku Fattah. Sedangkan itu adalah rekaan semata-mata. Tujuannya menipu Mia adalah supaya Mia menghantarnya pulang dan dia dapat memperkenal Mia kepada ibu bapanya. Kening Mia terangkat tanda tidak percaya dengan kata-katanya.
"Kenapa ustazah buat muka macam tu?" tegur Tengku Fattah.
"Saya tak rasa yang kereta awak rosak."
"Ish! Ustazah ni... tak baik tau berprasangka buruk dengan orang lain..."
Mia mengetap bibir. Geram dengan Tengku Fattah. "Bawak saya ke kereta awak," katanya kemudian.
Tengku Fattah menelan air liur. 'Aduh... terpaksalaah aku guna plan B,' fikirnya. Kata orang, plan B selalunya lebih merbahaya berbanding plan A, sebab itulah plan B merupakan pilihan kedua. Tetapi plan B yang dirancang dia ini tidak merbahayakan, tetapi merugikan!
"Ustazah tak percaya saya ke?" soalnya.
"Tak," jawab Mia selamba.
"Ouch... that hurts," balas Tengku Fattah sambil melekapkan tangan kanannya pada dadanya tanda berkecil hati.
Mia menjegilkan matanya. "Malaslah nak layan awak," rungutnya lalu berjalan ke keretanya. Tengku Fattah menerpa keretanya.
"Ustazah!" panggilnya.
Mia memandangnya serius. Tengku Fattah terdiam. "Ustazah... cantik," pujinya. Dia terpegun sebentar melihat wajah Mia. Mia masuk ke dalam kereta. Malas rasanya hendak melayan Tengku Fattah. Tengku Fattah pula gelabah apabila melihat Mia masuk ke dalam kereta. Dia membuka pintu kereta tersebut.
"Tolong tutup pintu," arah Mia geram.
Tengku Fattah menganggukkan kepalanya. Dia masuk ke dalam dan duduk di tempat sebelah pemandu. Pintu kereta ditutup. Mata Mia membulat memandangnya.
"Apa awak buat sini?" marahnya.
"Ustazah suruh saya tutup pintu, kan? Jadi saya masuk dan tutuplah," jawab Tengku Fattah bersahaja.
"Saya tak suruh awak masuk pun, kan?"
"Tapi saya nak beritahu ustazah sesuatu..."
"Apa? Nak puji saya cantik? Tolonglah berhenti. Saya ri-"
Kata-kata Mia terhenti di situ. Dia memandang Tengku Fattah yang turut memandangnya sambil mengetap bibir, menahan dirinya daripada ketawa. Wajah Mia mula berona merah. Malu kerana terlebih perasan.
"Emm..." Tengku Fattah ketawa kecil. Geli hati dengan Mia. Mia kembali memandang hadapan.
"Apa awak nak?" soalnya tanpa memandang Tengku Fattah.
"Ustazah nak tengok kereta saya?" Tengku Fattah tersenyum-senyum. Masih geli hati.
"Hmm... Mana kereta awak?" Mia keluar dari kereta. Tengku Fattah tersenyum sendirian. Dia turut keluar dari kereta mengekori Mia.
"Jom," ajaknya.
Namun dia masih belum berganjak dari situ. Matanya melekat pada Mia yang memandangnya pelik.
"Kenapa... awak masih tercegat kat sini?" soalnya.
"Kenapa ustazah masih tercegat kat situ?" soal Tengku Fattah kembali.
"Maksud?" Dahi Mia berkerut.
"Jomlah... jalan dengan saya..."
Mata Mia membulat. "Ap- apa awak repek ni? Awak jalanlah dulu, saya ekori awak dari belakang," jawabnya.
Tengku Fattah terpaksa mengalah. Dia harus menghormati permintaan Mia. Tengku Fattah berjalan ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Mia mengekorinya dari jarak yang agak jauh. Apabila tiba di kereta, Tengku Fattah memandang Mia yang sedang menghampirinya.
"Haish... ustazah ni... harus ke jalan jauh-jauh?" omelnya apabila Mia berdiri di hadapannya.
Mia memandang kereta Tengku Fattah. Omelan pemuda itu dibiarkan tidak berjawab. Matanya terhenti pada nombor plat kereta itu. Tiba-tiba dia teringat kereta BMW I8, juga mempunyai nombor plat yang sama, memecut di hadapan rumahnya tempoh hari. Matanya membesar. Dia memandang wajah Tengku Fattah yang bersahaja.
"Awak tahu tak mana rumah saya?" soalnya.
"Tahu."
"Awak pernah pergi rumah saya?"
"Pernah." Selamba Tengku Fattah menjawab.
"Jadi, awaklah yang pecut depan rumah saya tu?"
Tengku Fattah tersengih. "Ustazah sedar jugak kehadiran saya rupa-rupanya."
"Memanglah saya sedar-"
"Ah... kalau hati dah sayang... memang mudah untuk sedar kehadiran 'si dia'..." ujar Tengku Fattah sambil memandang langit. Senyuman terukir di bibir. Dahi Mia berkerut memandangnya.
"Awak kata kereta awak rosak, kan? Apa yang rosaknya?" suaranya, mengubah topik. Malas rasanya hendak melayan Tengku Fattah yang terlebih perasan.
Tengku Fattah kembali memandangnya. "Oh," jawabnya sepatah.
"Kenapa pulak oh? Apa yang rosak?" soal Mia rimas.
Tengku Fattah berjalan ke bonet keretanya lalu mengambil paku dan penukul yang dipinjamnya daripada Pak Wahab, pemandu peribadi bapanya. Mia memanjangkan lehernya.
"Apa awak buat tu?"
Tanpa mengeluarkan sebarang ayat, Tengku Fattah mencangkung di sebelah tayar keretanya. Sempat dia memandang wajah Mia yang blur.
Pap!
Mata Mia bulat melihat Tengku Fattah dengan selambanya memaku tayar keretanya.
"Tayar kereta saya pancit," tutur Tengku Fattah bersahaja. Dia menyimpan semula paku dan penukul itu ke dalam bonet. Wajah Mia kemudian dipandangnya lagi.
"Nampaknya ustazah perlu hantar saya ke rumah," beritahunya.
Mia terlopong. Tidak sangka bahawa Tengku Fattah sengaja berbuat demikian supaya dihantar olehnya. Dia mengecilkan matanya.
"Jom," ajaknya geram. Dia berjalan ke kereta Myvinya.
Tengku Fattah tersenyum. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Nombor Tengku Fawwaz dicari.
I'm on my way... jangan lupa plan kita ;)
Send. Dia berlari-lari anak menghampiri Mia.
"Ustazah!"
Nota kaki: Haa... suka tak? Dahsyat kan Fattah tu? Agak-agaknya apa plan dia dan Fawwaz? Tunggu bab seteruslah ye...
Nota kaki 2: Ada sesiapa hantar cerita kat p2u tak? Saya dah hantar Ustazah, Marry Me! dari Jan lagi, sampai sekarang tak muncul2. Agak-agaknya cerita saya diterima tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



.jpg)
isk.. isk.. Fattah tu memang ada saja idea nakal dia.. hehe.. good! nak bab seterusnya! ^^ klu saya la ustazah mia tu, dah lama saya tinggalkan dia kat situ jga! hehe.. jahat!
ReplyDeletehaha... kan? Nasib baiklah ustazah tak tinggalkan dia seorang diri... terima kasih sebab sudi baca, ikut perkembangan cerita ni dan suka cerita ni... next bab masih dalam proses... harap next bab dapat memuaskan hati... ^-^
Deletegambar tu Fattah ke?? cute.. ^.^
Deleteya , comel kan ? haha ..
DeleteAww aww. Nakal la fattah ni. Cant wait for next bab. Ahaks cepat cepat ^.^
ReplyDeletehaha .. nakal, kan? terima kasih sebab sudi baca dan suka cerita ni .. next bab , kalau ada masa , saya upload .. harap ikut perkembangan cerita .. ^-^
Deletewow.. dah tukar wajah.. nice..! ^^
ReplyDeletehaha... terima kasih... tapi sebenarnya saya tukar wajah pun sebab nak tukar header blog ni...
Deleteinteresting..keep on .can't wait for next bab...
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi baca cerita ni... saya akan upload bab seterusnya nanti... :)
Delete