Saturday, 11 January 2014

Ustazah, Marry Me! 1

Bab 1
TENGKU ISMA masuk ke dalam bilik Tengku Fattah.
"Tah! Bangun Tah!" kejutnya. Dia menggoncang-goncang bahu Tengku Fattah yang lena dibuai mimpi.
"Bangunlah!" kejutnya lagi. Kali ini, nadanya ditekan sedikit. Geram!
* Tengku Isma aka kakak Tengku Fattah, memang Rita Rudaini yang saya bayangkan semasa buat part ni... haha...

"Hmm..." balas Tengku Fattah. Dia menarik selimut menutup mukanya.
"Bangunlah!" Tengku Isma menjerit pula.
"Ya Allah... kenapa Is terjerit-jerit ni?" tegur Sharifah Dahlia yang masuk ke dalam bilik apabila terdengar jeritan Tengku Isma.
"Tah ni haa... dah pukul berapa ni, dia belum bangun. Sudahlah ada mesyuarat pukul 9," jawab Tengku Isma. Dia masih menggoncang-goncang bahu Tengku Fattah.
"Is pergilah ke kerja dulu. Biar mama kejutkan," beritahu Sharifah Dahlia.
"Okey." Tengku Isma menyalam tangan ibunya sebelum berjalan ke luar.
Sharifah Dahlia menggoncang lembut kaki kanan Tengku Fattah. "Bangun nak..." ujarnya lembut. Penuh dengan kasih sayang.
Mata Tengku Fattah terbuka sebelah. Dia menggosok-gosok matanya sambil memandang sekeliling. Dia kemudian memandang Sharifah Dahlia. Dia bangun dari pembaringannya lalu duduk menghadap ibu kesayangannya.
"Yes ma?" soalnya lembut.
"Mandi, lepas tu makan. Pukul 9 Tah ada mesyuarat, kan?"
Tengku Fattah mencapai telefon bimbitnya. Dipandangnya jam digital yang terpapar di skrin telefon itu. 7:44 pagi.
"Okey," jawabnya pendek. Dia menghadiahkan senyuman kepada Sharifah Dahlia sebelum beredar ke bilik air. Sharifah Dahlia memandang katil Tengku Fattah yang tidak terurus. Dia mengemas katil itu dan keluar setelah menghabiskan kerjanya itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
MIA berjalan ke kelas yang akan diajarnya nanti. Langkahnya diatur kemas. Apabila dia masuk ke dalam sebuah kelas tingkatan lima aliran sains, kesemua pelajar di dalam kelas itu tertanya-tanya siapanya. Maklumlah, itu merupakan hari pertama dia mengajar mereka.
"Assalamualaikum semua. Nama saya adalah Mia Asyikin binti Yusof Azri... hari ini, saya akan ganti Ustazah Ayu yang berpindah ke Johor," jelasnya. Senyuman terukir di bibir merah gadis itu.
"Waalaikumussalam ustazah!" jawab kesemua pelajar itu serentak.
"Okey... tolong perkenalkan diri anda ya..." Mia berjalan ke sebuah meja yang diduduki seorang gadis. "Bermula dari awak," sambungnya.
Gadis itu berdiri. "Nama saya Emilia Maisara."
Mia mengangguk. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Ustazah!" panggil seorang pelajar lelaki.
Mia menoleh. "Ya? Siapa tu?" Matanya meliar memandang kesemua pelajar itu, mencari pelajar lelaki itu. Seorang pemuda tampan berdiri.
"Saya ada soalan untuk ustazah," mula pelajar itu.
"Okey... nama awak siapa?"
"Fawwaz."
"Fawwaz... baiklah. Awak nak tanya apa?" soal Mia.
"Err... ustazah dah berpunya?"
Mia ketawa. Pelajar yang lain mula riuh.
"Gatal la kau!" jerit rakan pelajar nama 'Fawwaz' itu lalu ketawa.
"Bukan apa... aku saja nak tanya-"
"Nak jodohkan dengan abang dia la tu!"
Mia memukul meja dengan rotan yang disediakan untuk menenangkan keadaan. "Seronoknya..." ujarnya lirih.
"Fawwaz memang macam tu ustazah! Suka sangat tanya soalan tu kata mana-mana guru perempuan," beritahu seorang lagi rakan 'Fawwaz'.
Mia ketawa.
"Ustazah dah berpunya ke?" soal Fawwaz lagi.
Mia masih tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. "Itu... saya tak boleh beritahu. Okey, kita sambung sesi berkenalan yang tergendala tadi ya..." Dia menghampiri meja di sebelah Emilia.
xxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH berjalan ke keretanya dengan penuh karisma. Jam sudah menunjuk pukul 7:30 malam. Dia merungkaikan tali lehernya. Setelah masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Dia mengeluarkan telefonnya lalu mencari nombor seseorang. Dia kemudian melekapkan telefonnya pada telinga kanannya setelah menjumpai nombor 'orang itu'.
"Helo..." Kedengaran manja suara gadis itu.
"Hai sayang... you dapat ke jumpa I malam ni?" soal Tengku Fattah lembut. Dia mengatur penghawa dingin kereta supaya menghadapnya.
"Dapat!" jawab gadis itu riang.
"You tunggu kat rumah... nanti I ambil you, okey?"
"Okey... I bersiap sedia tau."
"Emm... bye sayang..." Lalu talian dimatikan. Dia memasang tali keledar lalu menekan pedal minyak.
Setelah tiba di rumah gadis itu, Tengku Fattah menghantar mesej kepadanya.
I depan rumah you ni...
Send. Dia memandang luar tingkap menanti kedatangan gadis itu. Sesekali matanya mengerling pada jam digital di dashboard.
"Mana minah ni," gumamnya sendirian. Geram juga kerana gadis itu belum muncul-muncul. Beberapa minit kemudian, seorang gadis tinggi lampai menghampiri keretanya. Tengku Fattah keluar dari kereta untuk menyambut kedatangannya. Tangan kanan gadis itu diraihnya lalu diciumnya. Gadis itu menghadiahkan senyuman menggoda kepada Tengku Fattah. Tengku Fattah membuka pintu di sebelah tempat pemandu untuk gadis itu. Gadis itu menurut. Tengku Fattah kembali duduk di tempat pemandu. It's time to party! Keretanya laju meluncur ke kelab malam. Dia memandang Melissa dari tepi.
xxxxxxxxxxxxx
"MACAM mana dengan sekolah baru tu Mia?" soal Hajjah Rohani, ibu Mia, apabila melihat Mia menuruni tangga.
"Macam-macam perangai dia orang, mak. Ada yang nakal... ada yang senyap... ada yang kekadang senyap, kekadang bising... biasalah, remaja..." Mia mengambil sebotol Twister Apple 500 ml dari peti sejuk sebelum duduk di sebelah ibunya.
Hajjah Rohani tersenyum mendengar jawapan Mia.
"Mia mesti bersabar layan kerenah pelajar... Maklumlah, remaja zaman sekarang ni... boleh tahan nakal..." pesannya. Apabila Mia memberitahunya bahawa dia ingin menjadi seorang guru, dia sangat bimbang akan keadaan pelajar-pelajarnya. Mana tidaknya, Mia boleh dikatakan agak garang dan tegas. Mia mengukir senyum sambil mengangguk.
"Insya-Allah, mak... Mia memang sengaja jadi guru, nak latihkan diri supaya bersabar," jawabnya lembut.
"Mia ada terkasar dengan mana-mana pelajar?" soal Hajjah Rohani lagi.
"Mak tak perlu risaulah. Mia akan cuba sedaya upaya untuk bersabar dengan kerenah mereka. Tapikan mak... ada seorang pelajar ni... nama dia Fawwaz." Mia memandang ibunya.
"Kenapa dengan dia?" Hajjah Rohani mengatur duduknya.
"Dia tanya sama ada Mia berpunya atau tak... Geram jugak Mia tadi, baru 17 tahun dah pandai tanya soalan macam tu..." gerutu Mia.
Hajjah Rohani ketawa. "Biasalah tu... remaja zaman sekarang dah... apa kata orang... updated? Haa... Sebagai seorang guru, Mia mesti bersabar. Lebih-lebih lagi ustazah... macam Mia," jelasnya.
"Tapi Mia pantang ditanya soalan macam tu." Mia masih geram.
"Dia bergurau je tu. Dah... lupakanlah. Remaja zaman sekarang memang suka bergurau senda tak mengira tempat, masa dan usia orang yang digurau mereka tu."
Mia mengangguk. "Okey, mak. Insya-Allah... Mia akan sabar melayan kerenah mereka."
"Dan... Mia jangan terlampau garang dan jangan terlampau baik. Sekiranya Mia terlampau garang, mereka tak akan suka dengan Mia. Dan sekiranya Mia terlampau baik, mereka akan pijak kepala Mia," pesan Hajjah Rohani. Mia masih seperti tadi, mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Insya-Allah mak. Mia akan bertegas dan bergurau senda dengan mereka," jawab Mia sambil mengukir senyum.
Hajjah Rohani tersenyum senang.
"Okeylah mak. Mia nak masuk bilik, semak kerja dia orang. Mia pergi dulu ya..." ujar Mia sebelum berdiri. Dia kemudian beredar apabila Hajjah Rohani menganggukkan kepalanya. Hajjah Rohani memandangnya.
"Harap-harap dia dapat bersabar dengan mereka," tuturnya pada diri sendiri. Dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan anaknya yang garang itu menjadi seorang guru. Ustazah pula tu!
xxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH keluar dari biliknya. Dia berjalan menuruni tangga sambil mengatur kotnya.
"Abang," panggil adiknya, Tengku Fawwaz, yang baru keluar dari bilik. Dia keluar sebaik sahaja mendengar bunyi pintu dibuka. Dia tahu itu ialah abangnya. Tengku Fattah menoleh.
"Apa?" soalnya.
"Sini jap," bisik Tengku Fawwaz.
Tengku Fattah hanya menurut. "Hmm... apa?" soalnya setelah berdiri di hadapan adik lelakinya itu.
"Err... minggu depan Hari Permuafakatan," beritahu Tengku Fawwaz.
"Okey..." Tengku Fattah bercekak pinggang.
"Err... boleh tak abang yang ambik kad laporan Fawwaz dari guru kelas?"
Dahi Tengku Fattah berkerut. Pelik. "Kenapa mesti abang?"
"Emm... sebab..."
Tengku Fattah memandang Tengku Fawwaz yang seperti risau akan sesuatu. "Sebab apa?" soalnya lembut.
"Err... Fawwaz agak nakal di sekolah. Jadi..."
Tengku Fattah ketawa kecil. "I get it. Fawwaz takut yang guru kelas Fawwaz tu akan report kat mama atau papa atau kakak sekiranya mereka datang ambik kad laporan?" tekanya.
Tengku Fawwaz mengangguk perlahan. Tengku Fattah tersenyum geli hati. "Abang tahu perasaan adik apabila dibebel... jadi abang akan tolong Fawwaz," ujarnya.
Tengku Fawwaz memandangnya ceria. "Serius?"
"Serius... Takkanlah abang main-main."
"Terima kasih abang!" ucap Tengku Fawwaz riang.
Tengku Fattah ketawa. "You're most welcome my brother..." jawabnya sambil menepuk lembut bahu Tengku Fawwaz.
"Dah... masuk dalam bilik. Abang nak kerja," katanya.
Tengku Fawwaz mengangguk. Dia menurut saja arahan abangnya yang sporting itu.
"Oh... by the way... siapa nama guru yang patut dijumpa abang tu?" soal Tengku Fattah. Dia menahan pintu bilik itu daripada ditutup. Kepala Tengku Fawwaz terjengul.
"Cikgu Farisha dan Ustazah Mia," jawabnya.
Dahi Tengku Fattah berkerut. "Dua orang ke guru kelas Fawwaz?"
"Taklah. Cikgu Farisha tu guru kelas Fawwaz... Ustazah Mia akan menemani Cikgu Farisha..."
"Oh..." Tengku Fattah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia melambai kepada Tengku Fawwaz sebelum menuruni tangga. Tengku Fawwaz menutup pintu. Senyuman terukir di bibir.

"Hai... kalau abang tengok Ustazah Mia tu... confirm cairlah," katanya.
* Tengku Fattah Emir... haa... handsome tak?

1 comment: