Oh ya, sebelum saya mulakan cerita saya, saya beri warning dulu ya, bab ni tak best seperti yang diharapkan. Anyways, enjoy.... -tinggalkan komen ya, you guys are my motivation-
Bab 7
TENGKU
FATTAH berjalan ke ofisnya setelah keluar dari lif. Mujur
bapa dia mengizinkannya meminjam kereta daripadanya untuk pergi ke syarikat.
Jika tidak, sudah tentu dia akan pergi ke syarikat bersama-sama kakaknya.
Keretanya pula telah dihantar ke bengkel oleh rakannya, Harraz, yang mempunyai
seorang rakan bekerja sebagai mekanik.
"Selamat tengah
hari, tuan," sapa pembantunya, Zara, yang sedang berjalan ke ofis Tengku
Isma.
Tengku Fattah
menghadiahkan senyuman sambil menganggukkan kepalanya sedikit.
"Selamat tengah
hari," jawabnya.
Zara yang baru hendak
membuka langkah serta-merta berhenti. "Emm... tuan..." panggilnya.
Langkah Tengku Fattah
turut berhenti. "Ya, kenapa?" Wajahnya serius.
"Dato' Irfan
datang tadi," beritahu Zara.
Dahi Tengku Fattah
berkerut. "Siapa dia? Kenapa dia datang? Bila dia datang? Dia tunggu saya?
Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan?" soalnya bertalu-talu.
Zara membuka buku
notanya. Setelah meneliti isi kandungan, dia kembali memandang Tengku Fattah.
"Dato' Irfan suruh
tuan telefon dia. Katanya, ada hal penting tentang projek yang akan diadakan di
Tokyo. Dan Dato' Irfan telah pun balik. Dia datang kira-kira pukul 1,"
jawab Zara sambil menghulurkan kad bisnes yang diberi oleh Irfan.
Tengku Fattah menyambut
hulurannya. Sebuah senyuman nipis diukir. "Okey... awak boleh pergi,"
tuturnya lembut.
Zara menganggukkan
kepalanya lalu berlalu dari situ. Tengku Fattah berjalan ke ofisnya. Dia
melabuhkan punggungnya pada sofa. Kad di tangannya ditenung.
DATO' IRFAN HAZIQ BIN
DATO' ZAREES
MANAGER DIRECTOR OF
GOLDEN CORPORATIONS
013-8904321
Mata Tengku Fattah
membesar. Golden Corporations merupakan
salah satu syarikat yang mempunyai saham terbesar di Malaysia! Sekiranya dia
berurusan dengan syarikat itu, itu bermaksud projek yang akan diurusnya itu
berharga berjuta ringgit! Segera Tengku
Fattah mencapai telefonnya lalu mendail nombor Irfan.
"Helo," sahut
Irfan dari hujung talian.
Tengku Fattah menarik
nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan diri.
"Helo, Dato'. Ini
Tengku Fattah Emir. Saya diberitahu yang Dato' datang ke ofis saya sekitar
pukul 1," mula Tengku Fattah.
"Oh... ya... ya...
saya nak tawarkan projek yang akan diadakan di Tokyo hujung tahun ni. Saya rasa
I & F Corporations dan Golden Corporations will make a perfect team."
Tengku Fattah
ternganga. Tidak sangka bahawa Irfan sudi menawarkannya projek itu. Siap puji
lagi tu!
"Sure, why not?" jawabnya.
"That's great! Esok kita adakan mesyuarat
di Golden Corporations pukul 12. Nice talking with you, Tengku,"
ujar Irfan.
"Okey. You too,"jawabnya lalu mematikan
talian.
Tengku Fattah tersenyum
senang. Terbayang dia wang ringgit jatuh dari langit dan dia dimandikan dengan
wang tersebut. Namun tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pukul 12. Selalunya
pukul 1 dia telah pun tunggu Mia di sekolah! Maksudnya... dia tidak dapat
berjumpa dengan Mia!
"Kakak,"
bisiknya sendirian.
Dia keluar dari ofis
lalu berjalan dengan laju ke ofis kakaknya.
Tok! Tok!
"Tengku Isma masih
bermesyuarat," suara pembantu kakaknya, Dayana.
Tengku Fattah menoleh
memandangnya yang sedang berdiri di sebelahnya.
"Mesyuarat?"
soalnya spontan.
Dayana menganggukkan
kepalanya. "Ya, Tengku."
"Bila habis?"
soalnya lagi.
Dayana memandang buku
notanya. "Pukul 5:30, Tengku," jawabnya. Dia memandang Tengku Fattah
yang jelas kecewa mendengar jawapannya.
"Tengku nak
tinggalkan apa-apa pesanan?" soal Dayana.
Tengku Fattah
menggeleng sambil tersenyum hambar. "Tak perlulah. Thank you," balasnya.
Dayana kembali duduk di
mejanya. Tengku Fattah melepaskan keluhan. Dia berjalan semula ke ofisnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"ASSALAMUALAIKUM."
Tengku Isma memberi
salam sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah. Tengku Fattah yang sudah
lama menantinya di ruang tamu menoleh.
"Kak,"
panggilnya.
Tengku Isma
memandangnya. "Haa... apa?"
Tengku Fattah
menghampiri kakaknya lalu berdiri menghadapnya.
"Emm... boleh tak
kakak gantikan Tah untuk mesyuarat esok?" soalnya takut-takut.
"Mesyuarat?"
Dahi Tengku Isma berkerut.
Tengku Fattah
menganggukkan kepalanya. "Ya, pukul 12, di Golden Corporations," terangnya.
Mata Tengku Isma
membulat. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman lebar. "Golden Corporations?" Nadanya
teruja.
Tengku Fattah
mengangguk lagi. "Esok Tah ada hal." Dia mencipta alasan.
"Tak naklah akak.
Dia pelawa Tah, kan? Jadi Tah la yang pergi."
Tengku Fattah menggaru
kepalanya. "Yalah, yalah," jawabnya.
Tengku Isma beredar
dari situ. Senyuman tidak lekang dari bibir. Tengku Fattah melepaskan keluhan.
Wajah Mia melayar di minda. 'Nampaknya, tak dapatlah aku jumpa ustazah esok,'
keluhnya dalam diam.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU
FATTAH memandang bosan Irfan yang sedang berdiri di
hadapan, membincangkan tentang projek yang akan diadakan di Tokyo itu. Sesekali
matanya mengerling jam tangannya. 'Tak lama lagi ustazah balik,' desis hatinya.
Beberapa ketika
kemudian...
Tengku Fattah
mengerling jam tangannya lagi. Dia mengeluh hampa lalu memandang Irfan semula.
"Ya, kenapa
Tengku?" tegur Irfan apabila mendengar keluhan Tengku Fattah.
Tengku Fattah
menggelengkan kepalanya. "Nothing.
It's just... my habit,"
bohongnya.
Irfan menganggukkan
kepalanya sebelum meneruskan penerangannya. Tengku Fattah menyandarkan dirinya.
Matanya melekat pada Irfan, berpura-pura fokus.
'Ustazah dah balik! And I'm still here!' jerit hatinya.
Mia berjalan ke
keretanya sambil memandang sekeliling.
'Mana pula Tengku tu
bersembunyi...' fikirnya.
Matanya meliar
memandang setiap orang di kawasan parkir itu. Setibanya di kereta, dia berjalan
sekeliling keretanya. Manalah tahu, Tengku Fattah main serang hendap. Namun
hampa. Erk! Hampa? Mia masuk ke dalam keretanya. Dia memandang belakangnya
pula. Berharap supaya ada barang yang ditinggalkan Tengku Fattah. Namun
keputusannya masih sama. Mia menghidupkan enjin kereta. Dia mengatur penghawa
dingin lalu menyandarkan dirinya pada kerusi penumpang.
"Kenapa dengan aku
ni? Takkanlah aku dah rindu dia?" bisiknya pada diri sendiri.
Dia menggelengkan
kepalanya. "Jangan, Mia. Ingat pesanan kau dulu... jangan sesekali
terpedaya dengan dia," katanya lagi.
Dia memejamkan matanya.
Tok! Tok!
Serta-merta Mia membuka
matanya. Dia memandang luar tingkap, memikirkan orang yang mengetuk tingkap itu
adalah Tengku Fattah. Apabila pandangannya dan 'si pengetuk' bertemu, dia
tersenyum.
----------------------------------------------------------------
Itu saja untuk bab 7. Harap suka. Dan, saya sekarang tulis novel lain semasa saya kehabisan idea untuk novel 'Ustazah, Marry Me!'. Nak tahu apa dia? Sabtu ni saya upload la ya? Nama novel tersebut ialah, 'Crushku Penculikku'. Sounds childish right? O_O , idea dah berbakul-bakul kat otak, cuma berharap supaya tak kehabisan idea di pertengahan jalan, macam 'Ustazah, Marry Me!' Cover novel dia : (Andrew Garfield hero cerita ni!)
Sinopsis:
Imani Ariana - Jatuh hati pada Taufik Danial, rakannya sejak tingkatan satu. Pertemuan semulanya dengan Taufik membuatkan hatinya berbunga lagi. Namun pertemuan semula mereka itu bukan seperti yang Imani harapkan. Dia tidak tahu, Taufik ada agenda tersendiri.
"Kill her." - Zach
Taufik Danial - Tidak pernah tahu tentang perasaaan Imani. Sangat mysterious dan berubah 360 darjah selepas pulang dari UK. Setelah mengetahui bahawa sasarannya adalah rakannya sendiri, dia mula gelisah. Bagaimana dia hendak membunuh rakan lamanya?
"Kau dah berubah. Mana kau yang dulu?" - Imani
"People change. Pain does that to people." - Taufik
"Kau dah berubah. Mana kau yang dulu?" - Imani
"People change. Pain does that to people." - Taufik
Dalam usaha Imani mengembalikan Taufik yang dulu, dia mula mengenal masalah 'crush'nya itu. Dan melihat kebaikan Imani melayannya walaupun dia berlagak dingin dengan gadis itu, hati Taufik mula berubah. Perlahan-lahan, dia mula menyukai Imani. Namun Imani tidak tahu bahawa Taufik menculiknya. Bagaimana reaksi Imani apabila rahsia Taufik bocor? Adakah perasaanya masih kekal?
"Kalau aku bukan kawan kau, adakah kau akan bunuh aku?" - Imani
AMARAN: Jikalau tidak suka cerita sad ending, anda DILARANG untuk membaca novel ini. Dan saya berfikir untuk hantar novel ni ke publisher kalau ada rezeki. Kita tengoklah, sama ada 'Ustazah, Marry Me!' atau 'Crushku Penculikku' habis dulu. Promote kat kawan-kawan anda ya... Kalian adalah motivasi saya. Sekian~


Best x sabar tunggu.
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi baca .. xsabar tunggu yg mana satu ? haha , mesti 'Crushku Penculikku' , kan ? haha , saya faham , saya faham .. tunggu Sabtu ni ye .. ^-^
Deletesapa agaknya org yg membuatkan Mia tersenyum tu? tak sabar nak baca bab seterusnya. oh ya, crushku penculikku mcm best saja.. hehe tak sabar nak tunggu! :)
ReplyDeletesiapa ya ? ;) , kita tunggu bab seterusnya la ye .. terima kasih sebab sudi baca .. dan saya juga berharap supaya jln cerita 'Crushku Penculikku' tetap menarik dan xsemakin 'kurang' seperti 'Ustazah, Marry Me!' .. ^-^ , Sabtu ni saya upload 'Crushku Penculikku' .. tunggu ye .. harap suka ..
Deletenak lag, ustazah marry me, jgnlh wat cam gini huhuhu
ReplyDeletebaiklah , demi awak , saya akan upload Ustazah, Marry Me! tapi saya tak janji utk sentiasa upload sbb idea saya utk cerita tu dah semakin berkurangan .. okey ? ^-^ , dan terima kasih sudi baca dan suka Ustazah, Marry Me! tak tahu pulak ada yang suka cerita ni .. :)
DeleteNak tanye akak da upload cerita crushku penculikku smpi berape eh? By the cerita nie best sngat2....oh yea...buku nie da ada dipasarn ke belom...? Cerite nie buat saye berangan yg saye nie imani...hehehe....
ReplyDelete