Friday, 24 January 2014

Ustazah, Marry Me! 3

Bab 3
MIA merenung bunga di sebelah tempat pemandu. Diikutkan hati, dia memang ingin buang bunga tersebut namun itu adalah pemberian orang untuknya. Dia mencapai bunga itu lalu keluar dari kereta.
"Assalamualaikum!" laungnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam..." jawab Hajjah Rohani dan Haji Yusof serentak. Mereka yang sedang berbual di dapur sambil menghirup teh menoleh. Mia berjalan menghampiri mereka.
"Siapa beri bunga tu?" soal Hajjah Rohani apabila melihat bunga di tangan Mia.
"Patut ke Mia buang bunga ni?" soal Mia kembali. Soalan ibunya tidak dijawab. Malu rasanya hendak mengaku itu adalah pemberian seorang pemuda, bukan muridnya.
"Kenapa pulak...? Sayanglah... bukannya tak cantik..." larang Hajjah Rohani.
"Kalau mak nak... mak ambiklah. Mia tak nak." Mia menyerahkan jambakan bunga itu kepada ibunya. Dahi Hajjah Rohani berkerut.
"Kenapa Mia tak nak bunga ni? Siapa yang beri?" soalnya pelik.
"Tak ada siapa-siapalah. Mia tak nak bunga ni."
"Ni mesti daripada peminat Mia," teka Haji Yusof.
"Eh! Tak adalah," nafi Mia.
"Habis tu? Simpanlah..."
Dahi Mia berkerut. "Okey okey... Mia naik dululah."
"Jangan lupa solat Zuhur," pesan Hajjah Rohani.
"Ya mak," jawab Mia. Dia berlari mendaki tangga. Sebaik sahaja masuk ke dalam, dia menutup pintu bilik.
"Buang atau tak? Buang atau tak?"
Bunga itu ditenung. Lama.
"Simpan je la," putusnya. Bukannya dia telah jatuh hati terhadap Tengku Fattah... tetapi dia hargai pemberian itu. Mia meletakkan bunga tersebut di atas meja lalu berjalan ke bilik air bagi mengambil wuduk.
xxxxxxxxxxxxx
"PUTUS?"
Mata Irine membulat memandang Tengku Fattah yang dengan selambanya mengangguk.
"Yep... putus," jawabnya.
"Ke...kenapa? Apa salah I?"
"Let's just say yang I dah bosan dengan you."
Mata Irine berkaca. "Kenapa you ni kejam sangat?" Dia memukul-mukul dada Tengku Fattah. Tengku Fattah menahannya daripada memukulnya.
"Jangan menangis, okey?" pujuknya lembut.
Irine menarik tangannya lalu mengesat air matanya yang telah pun menitis. "Kenapa you sanggup putuskan hubungan kita?"
"I dah jumpa orang lain... dia ada ciri-ciri gadis yang I impikan..."
"Dan you putuskan hubungan kita semata-mata untuk gadis yang you impikan tu?" soal Irine geram.
"I tak nak menduakan dia..."
"What's wrong with you? Tiba-tiba nak jadi lelaki setia." Sinis bicaranya.
"Kalau you nak kata I lelaki setia ke... apa ke... lantak you. Sekarang, I dah jumpa gadis yang selama ni I idamkan, I akan putuskan hubungan kita."
Irine menggelengkan kepalanya. "Ni bukan Tengku Fattah yang I kenal. Kenapa you berubah? Apa istimewanya perempuan tu?!"
"I'm sorry Irine... I love her..."
"You tak memaksudkannya, kan? Please tell me you don't mean it. You don't love her, right?" Air mata Irine menitis lagi.
"I minta maaf..." ucap Tengku Fattah sebelum meninggalkan Irine seorang diri.
"Fattah!" panggil Irine namun tidak diendahkan Tengku Fattah.
Irine terduduk di bangku itu. "Fattah... I sayang you..." tuturnya perlahan. Dia memandang Tengku Fattah yang semakin jauh.
xxxxxxxxxxxxxxx
ISNIN...
Mia berjalan ke keretanya.
"Ustazah!"
Mia mempercepat langkahnya sebaik sahaja mendengar suara itu.
"Ustazah!"
Lalu Mia dipusing supaya menghadapnya. Tengku Fattah meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Mia.
"Lepaskanlah!" Mia menepis tangan Tengku Fattah. Dahinya berkerut.
"Apa awak nak?" soal Mia geram.
"Nombor?"
Mia merengus geram.
"I'm single," beritahu Tengku Fattah.
"Jadi?" Mia mengangkat kedua-dua keningnya.
"Saya putuskan hubungan saya dengan perempuan lain semata-mata ustazah tau..."
"Awak tak ada hati perut ke? Sesuka hati je mainkan perasaan perempuan," marah Mia.
"Eh! Perut saya ada je..." Tengku Fattah menepuk perutnya. "Tapi hati saya dah hilang. Ustazah ambil," sambungnya.
Mia mengetap bibir. 'Ingat aku akan kata "aww! so sweet!"? Memang tak akanlah! Kau ingat romantik ke kata macam tu?' gerutu hatinya.
"Dan?" balas Mia bersahaja.
"Maksudnya... saya suka ustazah..."
Tanpa dapat dikawal, wajah Mia membahang walaupun dia tahu Tengku Fattah akan memberitahunya itu.
"Malaslah nak layan awak," ujarnya lalu berjalan ke keretanya.
"Ustazah, sudi tak kahwin dengan saya?" laung Tengku Fattah dari jauh.
Mia memandang sekeliling. Semua pelajar sesi petang memandangnya. Mia berpaling. Dia membuat gaya 'Awak ni kenapa?!'. Tengku Fattah mengangkat bahu sambil mengulum senyuman. Mia menghampirinya dengan geram.
"Awak memang saja malukan saya, kan?" marahnya.
"Nombor?"
"Awak nak saya mengamuk lagi ke?"
"Serius! Ustazah comel kalau marah," usik Tengku Fattah.
Mia mengetap bibir.
"Kenapa awak suka ganggu saya?"
"Saja."
"Saya ni tunang orang..."
"So what? Bukannya suami pun..."
"Tengku Fattah Emir... tolong tinggalkan saya. Saya rimas. Faham?" Wajah Mia serius. Tengku Fattah diam.
"Saya tak sangka ustazah ingat nama saya. I'm touched," jawabnya kemudian.
Mia terlopong. Dia memejamkan matanya bagi menenangkan diri. "Saya balik dulu. Assalamualaikum..." Lalu dia meninggalkan Tengku Fattah yang tersengih sendirian.
"Waalaikumussalam..." jawabnya perlahan. Dia berjalan ke keretanya.
Mia masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan. Dia memandang luar.
"Nasib baiklah dia tak ikut aku lagi..." bisiknya sendirian. Dia memasang tali keledar sebelum keretanya keluar dari kawasan sekolah. Tanpa disedarinya... sebuah kereta BMW I8 mengekorinya dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Tengku Fattah?
xxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH memberhentikan keretanya jauh dari rumah semi-detached milik ibu bapa Mia. Dia memerhati Mia yang keluar dari keretanya untuk membuka pagar rumahnya.
"Jadi, ni rumah ustazah..." katanya pada diri sendiri. Matanya tidak beralih dari Mia.
Sedang dia leka memerhati Mia, telefonnya berdering. Bahu Tengku Fattah terhenjut akibat terkejut yang amat. Dia mencapai telefonnya dengan kerutan di dahi. "Siapa call aku ni?" gerutunya. Dia melihat nama yang tertera di skrin.
my beloved sister
Tengku Fattah memandang jam digital di dashboard yang menunjukkan pukul 2:25 petang. Matanya membesar. Dia terlupa dia ada appointment dengan Dato' Ehsan! Segera dia mengangkat panggilan tersebut.
"Helo," jawabnya tergesa-gesa. Speaker mode dienable lalu tangannya laju menukar gear ke D. Pedal minyak ditekan.
"Mana Tah hah? Tahu tak Dato' Ehsan sudah tunggu Tah selama setengah jam?" sergah Tengku Isma serta-merta.
Kereta BMW I8 Tengku Fattah laju meluncur jalan. Mia yang sedang berjalan semula ke keretanya memandang keret itu sambil mengurut-urut dadanya.
"Lajunya bawak kereta," omelnya sendirian.

Matanya mengecil apabila melihat nombor plat kereta itu. 'Aku pernah tengoklah kereta ni kat sekolah... tapi... siapa?'

8 comments:

  1. best nak lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee .. thank you sudi baca .. :) .. ada masa saya update ya . ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. hehe .. terima kasih sudi baca dan suka cerita ni .. :) .. hope follow perkembangan cerita ni ya .. ^-^

      Delete
  3. bila lgi nak update? nak tahu cerita seterusnya.. tak sabar... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee ~ bab 4 dah habis ditulis , cuma tunggu masa untuk diupload .. harap sabar ya .. dan terima kasih sebab ikut perkembangan cerita ni .. ^-^

      Delete
  4. best.. smbung lg yee
    chaiyok!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi baca dan suka cerita ni . insya-Allah , ada masa saya guna laptop , saya update . :)

      Delete