Tuesday, 14 January 2014

Ustazah, Marry Me! 2


Bab 2
TENGKU FAWWAZ keluar dari kereta BMW I8 milik Tengku Fattah. Tengku Fattah mematikan enjin sebelum mengekori Tengku Fawwaz yang telah pun berjalan masuk ke perkarangan sekolah. Dia memandang sekeliling kawasan sekolah itu.
'Ah... rindu pulak nak bersekolah semula,' bisik hati kecilnya.
Dia dan Tengku Fawwaz berjalan beriringan ke kelas Tengku Fawwaz. Apabila masuk ke dalam, Tengku Fawwaz berdiri di sebelah meja Cikgu Farisha dan Ustazah Mia yang sedang berbincang dengan bapa rakannya, Darwin. Setelah mereka selesai, Tengku Fawwaz duduk di hadapan Cikgu Farisha serta-merta. Mahu tak mahu, Tengku Fattah duduk di hadapan Ustazah Mia.
"Okey... Tengku Fawwaz..." Cikgu Farisha menyerahkan kad laporan Tengku Fawwaz kepada Tengku Fattah. Tengku Fawwaz pula sudah kecut perut apabila kad laporan itu bertukar tangan. Tengku Fattah membelek kad laporan tersebut. Keputusan adiknya dalam penggal pertama diteliti.
"Keputusan Fawwaz memang cemerlang. Malah, sangat cemerlang. Itu... saya tak nafikan," beritahu Cikgu Farisha. Tengku Fattah memandangnya serius. Tengku Fawwaz mengetap bibir.
'Fuyoo! Seriusnya muka abang! Ingatkan tak sama dengan mama dan papa dan kakak... rupa-rupanya sama!' desis hatinya.
"Tetapi... Fawwaz juga saaangat nakal di sekolah. Sekiranya dia bising, mulalah kawan-kawan dia bising," adu Cikgu Farisha.
Tengku Fawwaz memandang wajah abangnya. Masih serius! Tangannya mula berpeluh.
"Ustazah Mia pulak..." Cikgu Farisha menyuruh Mia membuka mulut. Mia mengangguk dan Tengku Fattah memandangnya. Apabila pandangan mereka bersatu, Tengku Fattah serta-merta terpesona. Wajah Mia ditatapnya. 'Cantiknya...' puji Tengku Fattah dalam diam. Wajah Mia seiras dengan pelakon Nelydia Senrose. Sebarang ayat yang keluar dari mulut Mia tidak didengarinya. Hanya kicauan burung dan degupan jantungnya memenuhi pendengarannya. 'Macam manalah rupa rambut dia... panjang ke... pendek? Perang ke... hitam? Lurus ke... ikal?' andainya dalam hati. Matanya tidak berkelip memandang Mia. Tengku Fawwaz menyiku Tengku Fattah apabila melihat abangnya sedang berkhayal. Tengku Fattah terpinga-pinga. Dia memandang Tengku Fawwaz dengan muka yang blur.
"Jom..." ajak Tengku Fawwaz lalu berdiri. Tengku Fattah hanya menurut.
"Dia dah habis beritahu ke?" soalnya apabila berdiri di sebelah Tengku Fawwaz.
"Dah... Abang yang berkhayal." Lalu Tengku Fawwaz tersenyum. Dia memandang Tengku Fattah.
"Cantik kan Ustazah Mia tu?" soalnya.
"Gorgeous," jawab Tengku Fattah. Wajah Mia kembali melayar di minda.
'Ustazah Mia...' bisiknya dalam hati.
"Nama penuh dia apa?" soalnya ingin tahu.
"Mia Asyikin binti Yusof Azri."
'Mia Asyikin... cantiknya nama... seperti tuan dia...' Tengku Fattah tersenyum sendiri.
"Emm... Fawwaz..." panggilnya.
"Yes?" Tengku Fawwaz memandangnya.
"Boleh tak tolong abang?" Dia memandang hadapan. Senyuman tidak lekang dari bibir. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar three piece suit yang dipakainya.
"Boleh. Apa?"
"Mana kereta ustazah?" soal Tengku Fattah. Wajah Tengku Fawwaz dipandang dengan penuh harapan. Tengku Fawwaz ketawa kecil.
"Jom ikut Fawwaz. Fawwaz ni stalker," jawabnya lalu berjalan ke tempat letak kereta Mia.
Senyuman Tengku Fattah melebar. Dia mengekori adiknya.
"Nampaknya ustazah ada admirer," usik Cikgu Farisha apabila kelas kosong.
"Siapa?" Dahi Mia berkerut.
"Abang Fawwaz la... untungnya ustazah... ada admirer handsome macam abang dia..."
"Oh... abang Fawwaz." Nada Mia mendatar.
"Mia tak sedar ke dia perhati Mia?"
"Sedar tu sedarlah."
"Itulah kali pertama abang Fawwaz datang ke sekolah. Dan betul kata mereka... dia sangat handsome!" Cikgu Farisha mula 'fangirling'. Mia ketawa memandang cikgu 20-an itu.
"Cikgu... cikgu..." katanya perlahan dengan tawa yang masih bersisa.
"Mia tak tertarik ke tengok dia?"
Mia menggelengkan kepalanya. Senyuman terukir di bibirnya.
"Dia bukan ciri-ciri suami idaman saya, cikgu," jawabnya tenang.
"Oh... cikgu tahu ciri-ciri suami idaman ustazah. Ala-ala Ashraf Muslim, kan? Sangat predictable," ujar Cikgu Farisha lalu ketawa. Mia turut ketawa.
"Okeylah... jom kita balik," ajak Cikgu Farisha. Mia menganggukkan kepalanya. Mereka mencapai beg tangan mereka lalu keluar dari kelas.
Mereka berjalan ke kereta masing-masing. Seorang ke timur, seorang ke barat. Mia mencari kunci kereta Myvinya di dalam beg tangannya. Apabila tiba di keretanya, dahinya serta-merta berkerut melihat Tengku Fattah. Di tangannya terdapat sejambak bunga.
"Assalamualaikum," ucap Tengku Fattah.
"Waalaikumussalam," jawab Mia acuh tak acuh.
"For you..." Sejambak bunga ros merah diberikan kepada Mia. Demi menjaga hati Tengku Fattah, Mia mengambilnya.
"Terima kasih." Nadanya mendatar.
"Mana Fawwaz?" soalnya.
"Kat rumah. Saya dah hantar dia pulang."
"Kenapa tunggu saya?"
"Saja. Nak berkenalan dengan ustazah."
"Maaf... saya tunang orang," tipu Mia.
"So? Saya bukannya nak ngurat ustazah," jawab Tengku Fattah selamba.
Wajah Mia membahang. Malu kerana terlebih perasan. "Apa awak nak?"
"Nama, umur, nombor telefon..."
"Nur Afiqah." Mia memberi nama palsu kepada Tengku Fattah.
"Ish ish ish... Ustazah Mia Asyikin tahu tak berdosa menipu?" kata Tengku Fattah. Sengaja Tengku Fattah menyebut nama penuh Mia. Mia pula jelas terkejut. Matanya kemudian dikecilkan.
'Dia kenakan aku ya?' desis hatinya
"Umur ustazah?" soal Tengku Fattah.
"Kenapa awak nak sangat tahu tentang saya?" Nada Mia cuba dikawal. 'Sabar, Mia... sabar...' tenangnya.
"Sebab awak guru kepada adik saya. Jadi, saya berhak untuk tahu siapa yang mencurahkan ilmu kepada adik saya. Is it wrong?"
"Kenapa tak tanya Cikgu Farisha sekali?"
"Ustazah ni... cikgu baru, kan? Dan Cikgu Farisha dah ajar kat sekolah ni dari tahun lepas."
Mia mengetap bibir geram. Dia menekan punat pada kunci keretanya untuk membuka keretanya. Apabila kereta tersebut sudah terbuka, dia segera berjalan dengan laju ke tempat pemandu namun Tengku Fattah terlebih dahulu masuk ke dalam. Dia duduk di sebelah tempat pemandu, menanti Mia. Mia memandangnya. Matanya dikecilkan.
"Dia ni memang saja buat aku panas," omelnya sendirian.
Dia berjalan ke tempat sebelah pemandu lalu membuka pintu untuk Tengku Fattah.
"Tolong keluar dari kereta saya," arahnya sambil mengetap gigi.
"Saya tak nak," jawab Tengku Fattah bersahaja.
Mia memandang sekeliling. Matanya meliar mencari pengawal keselamatan namun tiada. Dia kembali memandang Tengku Fattah.
"Apa awak nak?" soalnya.
"Umur?"
"24. Puas?" Matanya dijegilkan.
"Belum. Nombor telefon?"
"Ish! Awak ni kenapa?"
"Saya nak berkenalan dengan ustazah. That's all."
Mia memegang dahinya. Pening dengan sikap Tengku Fattah.
"Keluar sebelum saya telefon tunang saya," ugutnya.
"Telefonlah. Itu pun kalau awak ada tunang," cabar Tengku Fattah.
"Abang Fawwaz-"
"Oh. Nama saya Tengku Fattah Emir. Awak boleh panggil saya Tah. Umur saya 25 tahun. Haa... satu tahun lebih tua daripada awak. Jadi, awak kena hormat dengan saya. Respect the elders, right?"
Mia bercekak pinggang. "Selama ini saya tak hormat awak ke?" soalnya geram.
"Hormat tu memanglah. Cuma satu je kesalahan awak... cuba senyum... Kan tak elok bermasam muka dengan orang yang lebih tua..."
'Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk menghadap cabaran ini...' doa Mia dalam hati.
"Tengku-"
"Please... call me Abang Tah..." potong Tengku Fattah.
Dahi Mia berkerut. "Abang Tah?"
"Yela... saya setahun lebih tua daripada awak, kan?"
Mia memejamkan matanya, mengumpul kekuatan. Dia kemudian memandang Tengku Fattah. Senyuman diukir di bibir. "Ab...b-bang Tah, tolong keluar dari kereta saya," ujarnya. Terasa susah dan janggal untuknya memanggil Tengku Fattah 'Abang Tah'.
"Tak nak."
Dan senyuman Mia mati. Serta-merta. "Tengku... tolong hormat permintaan saya. Keluar dari kereta saya. Sekarang!" Matanya bulat memandang Tengku Fattah yang terkejut dengan perubahan moodnya.
"Okey okey." Akhirnya dia akur jua. Dia keluar dari kereta sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengalah. Dia menutup pintu kereta. Mia menjelingnya lalu berjalan ke tempat pemandu.
"Kahwin dengan saya," suara Tengku Fattah tiba-tiba.
Mia memandangnya terkejut. 'Kenapa dengan dia ni? Baru berjumpa dah ajak kahwin?' desis hatinya. Pelik... dan geram.
"Kenapa dengan awak ni?" marahnya. Dia masuk ke dalam kereta.
"Ustazah, marry me!" laung Tengku Fattah dari luar kereta.
Mia menghidupkan enjin. "Kau jeritlah puas-puas, biar orang fikir bukan-bukan tentang kau. Tetiba ajak aku kahwin," gerutunya geram. Pedal minyak ditekan dan Tengku Fattah ditinggalkan seorang diri. Tengku Fattah memandang kereta Myvinya yang kian menjauh.
"Wow... ganasnya. I like..." tuturnya perlahan. Dia tersenyum sinis. Dia ada sebab tertentu ingin berkahwin dengan Mia. Bukan kerana rupanya ataupun personalitinya. Tetapi sesuatu... sesuatu yang sudah lama dia impikan.

4 comments:

  1. wow.. saya suka perkembangan cerita ni.. gaya penceritaan juga menarik.. tak sabar tunggu bab seterusnya!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ..terima kasih kerana sudi baca dan suka cerita ni .. insya-Allah ..ada masa saya upload next bab ..mungkin semasa cuti CNY ? :)

      Delete
    2. lamanya..huhu

      Delete
    3. yepp ..saya ni pelajar, jadi agak sibuk... sorry .. ^-^

      Delete