Monday, 16 March 2015

Insya-Allah, novel baru

On the way, insya-Allah, akan dijadikan novel.  Kisah santai, romantik, dan tidak memeningkan kepala.
Ini watak-watak dia. Zara Awliya dan Naufal Haziq. Insya-Allah, jadi novel ini. Wish me all the best/ (Saya sangat sangat suka tengok Lily Collins, sebab itu saya pilih dia. Cedric Norre sebab dia saja sesuai dengan Lily Collins.)
Insya-Allah, novel seterusnya selepas 'Reset', Wish me all the best. Kekasih Sementara ni kisah berat, sedih... Insya-Allah, sangat sedih. Saya berharap agar novel ini jadi begitu. Ya, ini ada ter'masuk' di penulisan2u, tapi itu versi lama. Versi baru, lain sikit.
Watak dia, belum ditentukan.

WISH ME ALL THE BEST! :)
Ustazah, Marry Me!, insya-Allah, dihabiskan di blog saja. Terima kasih. :)

Ustazah, Marry Me! 10

Maaf kerana sangat-sangat lambat. Saya sangat busy kebelakangan ni dan tak sempat untuk fikirkan idea baru. Kepada yang setia menanti, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menanti karya yang tak seberapa ini, Harap penantian anda berbaloi. Maafkan untuk segala kekurangan. :)
Bab 10
Tengku Fattah membuka matanya. Dia melihat sekeliling. Bilik tidurnya.
Ohhh… dia bermimpi rupanya.
Senyuman tersungging di bibir. Mujur hanya mimpi. Kalau tak, jatuh imej machonya kerana menangis.
Telefon di tepi katil dicapai lalu dinyalakan skrinnya, ingin mengetahui pukul berapa kini.
3:33 pagi.
Terus, telefonnya dicampak ke tepi dan matanya ditutup. Dalam cerita seram, pukul 3 begitulah macam-macam berlaku. Minta-mintalah dijauhkan…
‘Perempuan tu dari realiti sampailah alam mimpi susahkan aku!’ gerutunya dalam hati, geram dengan Sharifah Awliya yang muncul dalam mimpinya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tengku Fattah melabuhkan punggung di kerusi. Komputer riba dihidupkan. Pembantunya, Zara, mengetuk pintu.
“Masuk,” arahnya dengan nada tegas yang dibuat-buat.
“Tuan, pada pukul 10 nanti tuan ada mesyuarat. Pada pukul 2 petang, tuan ada perjumpaan dengan klien dari Singapura. Pada pukul 5:30, tuan ada perjumpaan dengan klien dari Korea pula, ditemani Puan Tengku Isma.”
Tengku Fattah menyandarkan dirinya. Sudahlah banyak aktiviti dia hari ini, nanti perlu diteman kakaknya pula?
“Okey, thank you,” ucapnya, lalu Zara beredar dari situ.
Tengku Fattah membuka Google Chrome. Dia merenung kosong enjin pencarian Google yang tertera, tidak tahu hendak membuka apa untuk membuatkan dia kembali bersemangat untuk bekerja. Meja diketuk perlahan. Otaknya ligat berfikir.
Senyuman tiba-tiba terukir di bibir saat dia membayangkan Mia. Dia mula menaip pada kotak pencarian.
Pick up line Malaysia
Enter.
Senyuman tidak lekang dari bibir.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Taufik memandang kertas yang berada di tangannya. Apabila melihat Mia, cepat-cepat dia menghampiri.
“Ustazah!” panggilnya.
“Waalaikumussalam,” sindir Mia dengan wajah serius.
Tengku Fattah sekadar senyum.
“Ustazah ni Malay, kan?” soalnya.
Mia hanya mengangguk. Pelik.
No wonder you make my air liur Malay-lay.” Dia ketawa kecil.
Mia mengetap bibir. Tengku Fattah ni… buat pick up line?
“Ustazah guna Android atau iPhone?”
Mia menggeleng lalu meninggalkannya.
“Ustazah! Jawablah!” panggil Tengku Fattah sambil mengejarnya.
“Android la. Saya tak kaya-“
“Eh! Tak mungkinlah! Ustazah ni ‘iPun’.”
Sekali lagi, Tengku Fattah ketawa. Ketawa dengan kebodohan diri kerana sanggup sebut pick up line dengan Mia. Malunya…
Tengku Fattah melihat kertas di tangan. Mia hanya tersenyum lucu melihat gelagatnya.
“Ustazah cuci muka guna gula eh?” soalnya.
“Tak,” jawab Mia dengan kerutan di dahi. Gula untuk cuci muka?
“Sebab ustazah nampak manis sangat.” Taufik tersenyum-senyum. Mukanya merah menahan malu yang amat.
Mia berjalan ke keretanya bersama senyuman di bibir. Tengku Fattah tetap mengekorinya. Mata memandang kertas.
“Ustazah pernah kerja di KFC?” soalnya.
“Tak.” Entah mengapa, Mia layannya jua.
“Sebab ‘Ayam’ in love with you.”
Mia ketawa kecil.
“Ustazah suka kopi ais?” soalnya lagi.
Apabila melihat Mia hendak angguk, Tengku Fattah cepat-cepat memotong.
Cause I don’t think I’d ever find another ‘kopi’ of you.”
“Tengku tak ada kerja ke sehingga cari ni semua?” soal Mia, ingin tahu.
“Ada.”
“Habis tu?-“
Thinking of you.” Tengku Fattah tersenyum lebar.
Mia membuka pintu pemandu, menahan diri daripada tersenyum.
“Ustazah, if you were a fruit you would be a ‘fineapple’.” Tengku Fattah masih dengan pick up linenya.
“Baiklah Tengku. Saya nak balik. Assalamualaikum.”
“Jap! Ini last!” halang Tengku Fattah.
Mia hanya akur. Dia berpeluk tubuh sambil membuat muka serius sedangkan entah mengapa hatinya berbunga-bunga.
If I were a superhero…” Tengku Fattah memandang Mia seketika. Kemudian, senyuman terukir di bibir.
Mia tetap dengan wajah seriusnya.
I wouldn’t be superman or ironman. I would be YOUR MAN.”
Mia mengetap bibir, menahan senyum. Memang patut pun pick up line digelar pick up line. Memang mencairkan sungguh.
“Saya balik ya Tengku. Assalamualaikum,” ujarnya lalu masuk.
Tengku Fattah masih tersenyum.

“Waalaikumussalam.”

Saturday, 7 June 2014

Ustazah, Marry Me! 9

Bab 9
ISNIN...
"Assalamualaikum ustazah!" sapa Tengku Fattah riang.
"Waalaikumussalam," jawab Mia dengan nada mendatar.
"Seriously, I miss you so damn much!"
Mia tidak memberi sebarang reaksi. Tengku Fattah menggaru kepalanya. "Emm... ustazah..." panggilnya lirih.
"Hmm?"
"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Tanyalah."
"Err... apa ciri-ciri suami idaman ustazah?"
Mia menjegilkan matanya. Dia berjalan ke tempat pemandu kereta. Apabila teringatkan Irfan akan masuk meminangnya Sabtu ini, dia menyimpan hasrat untuk membuatkan Tengku Fattah berputus asa dengan melayannya dengan dingin. Tengku Fattah berlari ke tempat pemandu sepantas kilat lalu menghalangnya.
"Ke tepilah!" marah Mia.
"Not until you answer my question."
Mia berpaling untuk mencari pengawal keselamatan. Tengku Fattah yang sedar Mia mencari pengawal keselamatan segera bersuara,"Kalau ustazah minta bantuan, saya peluk ustazah!"
Mata Mia membesar memandangnya. "Kalau awak peluk saya, saya lapor kat polis! Biar satu Malaysia tahu Tengku Fattah Emir mencabul seorang guru!"
Tengku Fattah membasahkan bibir merahnya dengan lidahnya, ala-ala tergoda. Mata Mia semakin membesar. "Pervert!"
"Mencabul? Wow... I like it. But I prefer, Tengku Fattah Emir berkahwin dengan seorang guru."
"Awak fikir awak boleh kahwin tanpa persetujuan saya?"
"Ya."
"Bagaimana?"
"Menang hati ibu bapa ustazahlah."
"Awak fikir , ibu bapa saya akan terima awak?"
"Of course! Siapa yang tak berkenan dengan saya yang tampan lagi menawan ni?" Tengku Fattah memandangnya tepat ke anak mata Mia. "Kecuali ustazah. Tapi sebab itulah saya semakin sayangkan ustazah," sambungnya lalu mengenyitkan mata.
Mia mengetap bibir, geram dengannya. Dia diam sejenak memikirkan cara untuk melarikan diri daripada Tengku Fattah.
"Beritahu je la ciri-ciri suami idaman ustazah... bukannya susah pun," rengek Tengku Fattah.
"Kenapa awak nak sangat tahu ciri-ciri suami idaman saya?" soal Mia rimas.
"Manalah tahu... saya ada ciri-ciri tu," jawabnya sambil tersengih-sengih.
Mia memandang sekeliling, ingin menjalankan rancangannya.
"Ustazah, ingat... kalau ustazah minta pertolongan, saya peluk ustazah," ingat Tengku Fattah.
Mia kembali memandangnya. Senyuman sinis terukir di bibir. "Kalau awak berani peluk saya, peluklah! Tapi ingat, sekali awak sentuh saya... sampai bila-bila saya benci awak," tegasnya.
Mata Tengku Fattah membulat. "Ustazah ugut saya?"
"Ya," jawab Mia berani.
"Ustazah tahu tak mengugut itu salah dari segi undang-undang?"
"Tengku tahukan mengurat adalah berdosa?"
"Bila masa saya mengurat ustazah?" Tengku Fattah buat-buat tidak tahu.
"Jadi, apalah yang Tengku buat sekarang? Bukan mengurat?"
"Tak. Saya sekarang tanya sama ada saya sesuai untuk jadi suami ustazah sebab saya nak ustazah jadi isteri saya. Saya nak ustazah jadi yang halal untuk saya. Tapi sebenarnya saya tak kisah kalau ustazah tak nak kahwin, sekarang pun saya boleh peluk ustazah," jawab Tengku Fattah sambil tersenyum.
Mia terdiam. Perasaannya bercampur baur. Terkejut kerana Tengku Fattah ingin mengahwininya dan kasihan dengan pemuda tersebut kerana berharapan kosong. "Saya nak balik. Tolong ke tepi," katanya dengan nada mendatar.
"Ustazah-"
"Tengku Fattah Emir, saya bakal isteri orang, tolong jangan ganggu saya," tegas Mia.
Tengku Fattah ketawa kecil. "Ustazah, you've used that tactics twice and failed, dan sekarang ustazah nak guna lagi?"
"Saya serius."
"Okeylah ustazah, saya balik dulu. Muah!" Lalu dia meninggalkan Mia yang kecewa. Mia memandangnya yang berjalan ke keretanya.
'Ya Allah... Engkau bantulah aku...'
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
TOK! TOK!
Tengku Fattah yang sedang membuat kerja mengangkat kepala. "Masuk," arahnya.
"Tu-"
"Ke tepilah!" sampuk seorang gadis dari belakang lalu menolak Zara.
"Tolong hormati staf saya," tegas Tengku Fattah. Geram dengan sikap biadab gadis itu, Sharifah Awliya, yang merupakan bekas kekasihnya.
"Tak apa, tuan. Saya pergi dulu," beritahu Zara sebelum beredar dari situ. Pintu oak itu ditutup.
"Apa awak buat kat sini?" soal Tengku Fattah kepada Sharifah Awliya yang sedang berpeluk tubuh.
"Beritahu saya sebab awak putuskan hubungan kita."
"I don't love you anymore. Full stop," jawab Tengku Fattah bersahaja.
Sharifah Awliya menghempaskan sekeping sampul surat saiz A4 ke atas meja Tengku Fattah. "Sebab ni, kan?"
Tengku Fattah membukanya walaupun dia tahu isi kandung surat itu ialah gambar-gambar dia dengan Mia. Ditatapnya gambar-gambar tersebut yang diambil tengah hari tadi. Tengku Fattah tersenyum sendiri apabila melihat wajah Mia di gambar seterusnya. Sharifah Awliya mengetap bibir geram apabila melihat senyuman Tengku Fattah.
"Tengku Fattah Emir!"
Bahu Tengku Fattah terhenjut mendengar suara lantang gadis itu.
"Sebab perempuan ni, kan?" soal Sharifah Awliya sambil menunjuk gambar itu.
Tengku Fattah menggeleng. "Nope. She's my cousin. Masa tu saya terserempak dengan dia semasa ambil Fawwaz dari sekolah," bohongnya, demi keselamatan Mia. Bukan dia tidak kenal Sharifah Awliya yang cepat mengamuk itu. Sayang, cantik tetapi pemarah. Sekiranya dia tahu Mia merupakan punca dia memutuskan hubungan mereka, Sharifah Awliya tidak akan teragak-agak untuk mengapa-apakan Mia.
Sharifah Awliya tersenyum sinis. "Sejak bila awak ada sepupu bernama Mia Asyikin binti Haji Yusof?"
Mata Tengku Fattah bulat. "Awak upah seseorang untuk-"
"Saya tak upah sesiapapun. Kebetulan pula saya ada kawan yang rapat dengan dia," potong Sharifah Awliya.
"Siapa?"
"It's a secret."
"Tell me!"
"No no no." Sharifah Awliya menggerakkan jari telunjuknya. "Cuma satu pesanan saya. Orang yang baik, untuk orang yang baik. Cuba awak buat refleksi diri... awak ni layak ke untuk dia?" ujarnya pedas.
Tengku Fattah terdiam. Sharifah Awliya tersenyum sinis, suka melihat reaksinya.
"Fattah... Fattah... biar saya jawab untuk awak." Dia menghampiri Tengku Fattah. "Awak. Tak. Layak. Untuk. Dia," bisiknya satu per satu.
Tengku Fattah membalas pandangannya sambil mengetap bibir. Matanya merah menahan marah.
"Awak nak tahu kenapa? Sebab awak ni, kaki perempuan, suka enjoy, selalu berbuat dosa... Tak seperti dia yang jauh lebih suci daripada awak. So, don't you ever dream of becoming her husband," katanya perlahan lalu tersenyum sinis. Dia memegang dagu Tengku Fattah namun ditepis oleh pemuda itu.
"Tolong. Keluar," arahnya dengan nada yang terketar-ketar. Marah dan sedih, itulah perasaannya kini. Hatinya terasa ditikam berkali-kali mendengar penghinaan Sharifah Awliya terhadapnya.
"Okey, ingat pesanan saya tau. Awak tak layak untuk dia," beritahu Sharifah Awliya lalu keluar dari ofis sambil menyanyi kecil.
"Cuma satu pesanan saya. Orang yang baik, untuk orang yang baik. Cuba awak buat refleksi diri... awak ni layak ke untuk dia?"
"Awak. Tak. Layak. Untuk. Dia."
"Sebab awak ni kaki perempuan, suka enjoy, selalu berbuat dosa..."
Kata-kata pedas Sharifah Awliya bermain di kotak fikirannya. Tengku Fattah termenung jauh, mengingati segala dosanya. Dulu, dia mempunyai perempuan di sekeliling pinggang. Petik saja jari, pasti ramai yang berbaris ingin menjadi teman wanitanya. Setiap malam, dia juga akan pergi ke kelab malam dan menghiburkan diri. Namun dia tidak pernah membawa seorang pun gadis ke katil. Baginya, dia tidak harus menghancurkan maruah dan masa depan mereka. Dan dia juga tahu erti dosa dan pahala. Dia tidak sejahil yang disangka orang ramai. Tengku Fattah memejamkan matanya.
Tanpa disedarinya, setitis air mata gugur.

 p/s : Suka? Komen ya ... tak suka? Komen ya... ^-^

Monday, 12 May 2014

Ustazah, Marry Me! 8

Bab 8
MIA mematikan enjin lalu keluar dari keretanya.
"Assalamualaikum ustazah!"
"Waalaikumussalam. Haa... apa Fawwaz buat kat sini?"
Tengku Fawwaz tersengih. "Saya nak sampaikan pesanan abang saya," beritahunya.
"Apa dia?" soal Mia sambil berlagak tenang. Sedangkan jiwanya sudah bergelora ingin mengetahui pesanan tersebut.
"Dia cakap... yang hari ni dia tak dapat datang. Ada mesyuarat."
"Oh..." jawab Mia pendek. Masih berlagak tenang.
'Patutlah dia tiada... Eh! Kenapa dengan aku ni?'
"Lagi satu. Abang Fattah kirim salam sayang rindu kat ustazah," sambung Tengku Fawwaz.
Mia diam. Tidak tahu apa reaksi yang sesuai untuk kata-kata itu. Tengku Fawwaz ketawa kecil.
"Okeylah ustazah. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum!" ucapnya lalu berlari ke kereta Mercedes Benz yang dipandu pemandu peribadi bapanya, Pak Kassim, yang diparkir di seberang jalan.
"Waalaikumussalam," jawab Mia perlahan.
Matanya terkebil-kebil memandang kereta tersebut menjauh.
'Abang dan adik sama je perangai dia orang!' bisik hatinya.
Kemudian, dia tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya apabila teringat Tengku Fattah. Memang sama dengan Tengku Fawwaz!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH menutup pintu lalu memandang kosong kertas kerjanya yang berada di atas meja. Hari itu merupakan hari Sabtu. Hari Sabtu bererti tiada hari persekolahan. Tiada hari persekolahan bererti tiada berjumpa dengan Mia. Tengku Fattah berjalan dengan malas ke mejanya. 'Sudahlah semalam tak jumpa ustazah. Hari ni dan esok pun tak berjumpa. Haish,' keluhnya dalam diam.
Dia melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan khas untuknya. Komputer riba dihidupkan. Diikutkan hati, memang dia malas mahu datang kerja. Namun apabila memikirkan bebelan Tengku Isma, dia merelakan jua dirinya untuk bekerja.
Tok! Tok!
"Masuk," arahnya dengan malas.
Matanya melekat pada kertas kerja. Pintu dikuak dan Zara terjengul di pintu. Setiap pagi, dia perlu menyatakan jadual bosnya itu. Jika tidak, memang tak akan ingatlah Fattah tu. Buku notanya dibuka lalu jadual Tengku Fattah disebut satu per satu.
"Pagi ni tuan free. Pukul 3 petang, tuan ada appointment dengan Syed Lutfil dan malam ni, pukul 8:30, tuan perlu hadiri majlis perasmian di Shangri-La."
"That's all?" soal Tengku Fattah memandangnya.
"Ya, tuan."
"Baiklah."
Zara menganggukkan kepalanya sebelum keluar dari ofis yang luas itu. Tiba-tiba Tengku Fattah berhenti meneliti kertas kerja tersebut.
"Pagi ni tuan free."
Keningnya terangkat apabila teringat kata-kata Zara. 'Kalau pagi ni aku free, itu bermaksud...' Dia bangun dari kerusinya serta-merta. Dia keluar dari ofisnya lalu menerpa ofis Zara.
"Pagi ni saya free?" soalnya riang.
"Ya tuan."
Senyuman Tengku Fattah melebar. "Betul?" soalnya lagi ingin mendapat kepastian.
"Betul," jawab Zara geli hati.
"Okey. Sekiranya ada sesiapa cari saya, beritahu mereka yang saya ada hal," ujarnya.
Zara menganggukkan kepalanya tanda faham. Tengku Fattah berlari ke lif.
'Ustazah! Here I come!'
Pintu lif terbuka membuatkan hati Tengku Fattah melompat riang.
Tidak lama lagi, dia akan berjumpa dengan Mia.
Rindunya terhadap gadis itu akan terubat.
Akhirnya...
"Apa Tah buat kat sini?" tegur Tengku Ifzan yang baru keluar dari lif.
Larian Tengku Fattah terhenti. Bunyi kaca pecah berderai kedengaran. Senyumannya mati. Harapannya untuk berjumpa dengan Mia musnah sama sekali. "Pa, ke- kenapa datang?" soalnya gugup. Setelah syarikat diuruskan oleh dia dan kakaknya, bapanya tidak lagi datang ke syarikat. Tapi, kenapa bapanya datang pada hari itu?
"Papa saja nak datang, nak tengok prestasi kerja anak-anak papa dan pekerja syarikat," jawab Tengku Ifzan tenang.
Lidah Tengku Fattah kelu. Bapanya seorang yang tegas dan sangat mementingkan kerja. Jikalau bapanya tahu dia ingin ponteng dan pergi ke rumah 'buah hati', pasti dia dimarah dan perbelanjaannya dipotong.
"Apa Tah buat sini? Shouldn't you be at your office?" soal Tengku Ifzan lagi. Nadanya lembut namun cukup untuk membuatkan seluruh tubuh Tengku Fattah menggigil ketakutan. Dia memandang jam tangannya. 8:43 pagi.
"Err... Tah tertinggal barang kat kereta," bohong Tengku Fattah.
"Okey. Tapi jangan cuba untuk larikan diri pulak," tutur Tengku Ifzan lalu menepuk bahu anak terunanya. Dia beredar dari situ meninggalkan Tengku Fattah dengan senyuman terukir di bibir. Tengku Fattah menghela nafas lega. Mujur selamat!
Tengku Fattah menekan butang yang menunjuk anak panah ke bawah dengan malas. Hajatnya masih belum tercapai. Dan hari ini, hajatnya itu memang tidak akan tercapai. Wajah Mia melayar di minda. Rindunya terhadap gadis itu membuak-buak. Mahu tak mahu, dia terpaksa pergi ke keretanya, berpura-pura mengambil sesuatu agar bapanya tidak bertanyakan pelbagai soalan. Pintu lif terbuka lalu dia masuk ke dalam. Butang G ditekan dan pintu lif tertutup.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Dan ada hikmahnya dia tidak pergi ke rumah Mia.
Agar dia tidak patah hati...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"MIA," panggil Hajjah Rohani dari luar bilik.
Mia yang sedang menyemak buku pelajarnya bangun lalu membuka pintu. "Ya, mak?" soalnya lembut.
"Kita ada tetamu ni. Turunlah, layan dia," beritahu Hajjah Rohani.
"Oh. Okey okey. Mia nak pakai tudung jap. Mak turunlah dulu."
"Jangan lama-lama tau."
"Ye," jawab Mia.
Hajjah Rohani menuruni tangga. Mia menutup pintu. Anak tudung di dalam laci dan tudung bawal yang digantung di dalam almari dicapai lalu disarungkan pada muka. Memang tudung itu yang selalu dipakainya setiap kali waktu kecemasan. Sudah dipin dan diseterika. Mia keluar dari biliknya kemudian menuruni tangga. Senyuman yang terukir di bibirnya serta-merta mati apabila melihat tetamu yang datang. Semua orang menoleh memandangnya.
Termasuk Irfan Haziq.
"Haa... itupun Mia. Duduklah sini. Irfan nak beritahu sesuatu kat Mia," ujar Hajjah Rohani sambil menepuk sofa di sebelahnya. Mia hanya menurut.
Apa dia buat di sini? Kenapa dia datang?
Soalan itu tidak henti-henti mengganggu Mia.  Irfan menarik nafas lalu menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan diri.
"Saya tahu saya pernah melukakan hati awak, mengecewakan awak," mulanya perlahan.
Mia tunduk.
"Tapi saya kesal. Saya kesal kerana melepaskan awak. Dan sekarang... saya ingin tebus kesalahan saya."
Mia masih seperti tadi. Tiada reaksi.
"Minggu depan, saya akan masuk meminang awak," sambung Irfan.
Kepala Mia terangkat. Matanya bulat. "Masuk meminang?" soalnya terkejut.
"Ya, masuk meminang. Saya nak kahwin dengan awak," jawab Irfan lembut.
"Mak dan ayah setuju?" Mia menyoal kedua-dua ibu bapanya pula.
"Ya. Apa salahnya? Lagipun, Irfan tak bersalah 100% dalam hal itu," jawab Hajjah Rohani.
Mia menggelengkan kepalanya. Entah mengapa, hatinya terasa berat untuk menerima Irfan semula dalam hidupnya.
"Kahwin dengan saya."
"Ustazah, marry me!"
"Ustazah, sudi tak kahwin dengan saya?"
Suara Tengku Fattah terngiang-ngiang di pendengarannya. Matanya dipejamkan. 'Kenapa dengan aku ni? Tetiba teringatkan Tengku?' bisik hati kecilnya. Setelah menenangkan diri, dia kembali memandang Irfan.
"Adakah awak ikhlas menerima saya?" soalnya.
Irfan menganggukkan kepalanya. "Sepenuh hati saya," jawabnya. Mia diam sejenak.

"Beri saya masa untuk berfikir," jawabnya. Tidak dinafikan, nama Irfan masih terpahat di hatinya. Dan dia masih menyayangi Irfan. Jadi, tidak salah untuk dia memberi Irfan peluang kedua, kan? 
---------------------------
Jeng jeng jeng... harap suka... akhirnya dapat jugak buat bab ni... tak suka bab ni? Komenlah... suka? Komenlah... dan share-share kat kawan eh .. Ustazah, Marry Me dan Crushku Penculikku .. ^-^ .. nak lagi? komenlah ~~

Monday, 5 May 2014

Sinopsis Complete of Me!

NOA AFIQA tidak mampu menolak akan pelawaan Tengku Airish Shah untuk mengahwininya.. Tidak! Bukan pelawaan namun paksaan.. Memang gila! Tidak disangkanya ditolak oleh seorang artis untuk dijadikan ‘girlfriend’, kini dia berkahwin juga dengan seorang artis.. Dan demikiannya, Afiqa hanya pasrah.. Cuba menerima hakikat akan dirinya yang sudah bergelar seorang isteri artis..
Orang kata percaturan Tuhan itu sungguh indah.. Perjalanan hidupnya yang dipenuhi dengan pergaduhan demi pergaduhan bersama Airish mula berputik dengan benih cinta.. Namun, segalanya terlambat apabila sang kekasih pujaan hati suaminya kembali pulang ke sisi.. Nora Afiqa ditolak ketepi..
Ternyata pelangi petang yang terasa menyinari  hidup Airish mula menampakkan pudarnya.. Kehilangan Afiqa benar-benar membuatkan Airish sunyi.. Lalu, keputusan gila diputuskan Airish.. Ugutan papanya yang tanpa henti sudah tidak dihiraukan lagi.. Baginya hilanglah apa-apapun asalkan dia tidak kehilangan Afiqa!
“Ustaz Kazzim Elias pernah cakap kalau si suami berdehem dua kali, maknanya dia ajak ke bilik.. Dengar ni, ehem.. ehem..” ~TENGKU AIRISH SHAH~
“Tak sangka pulak saya awak pernah dengar ceramah agama.” ~NORA AFIQA~
Sekembalinya dia ke pangkuan isterinya, ternyata banyak halangannya pula demi mendapatkan si isteri.. Kewujudan ‘Man Hollywood’ yang sentiasa mahu mengambil perhatian isterinya sungguh menganggu gugat dirinya. Lalu, apakah senjatanya? Adakah dia akan terus berdiam diri lagi apabila si Hairul datang kembali menuntut janji.. Dan adakah cintanya benar-benar buat Afiqa apabila Lisa yang dulunya dianggap sudah mati kini muncul kembali?

­~Cinta Fiqa seperti Highland Tower, sentiasa akan menghantui diri abang tanpa henti.. Dan cinta Fiqa juga seperti Villa Nabila sekali abang datang pada saya, jangan harap abang akan dapat berpatah kembali.~

boleh pergi ke blog writer, utk baca bab 1 dan seterusnya .. :) tekan [SINI] utk ke blog dia .. ^-^
harap anda suka ya , dan komen juga kat blog writer .. :D
dan saya dah baca cerita ni, best dan interesting .. sweet pun ada .. Lee Min Ho hero dia!

Sunday, 20 April 2014

Ustazah, Marry Me! tidak akan diteruskan .. Sorry .. v.v

Tiada post buat masa ini .. kepada yang sudi baca , terima kasih .. ^-^ .. just saying yang saya akan tukar hero 'Crushku Penculikku' (Taufik) kpd Zayn Malik , iaitu 'Tengku Fattah' .. sebab saya berkemungkinan akan cancelkan 'Ustazah, Marry Me!' kerana ketandusan idea dan jalan cerita yang cliche .. maaf sekiranya ada peminat 'Ustazah, Marry Me!' , terima kasih untuk sokongan anda .. Saya akan fokus pada 'Crushku Penculikku' la ye ?

Tuesday, 15 April 2014

Ustazah, Marry Me! 7

Assalamualaikum, maaf sebab lambat update. Sangat busy kebelakangan ni. Apapun, terima kasih kepada yang masih sudi ikut kisah Tengku Fattah dan Mia. Saya sangat sangat sangat sangat hargainya. 
Oh ya, sebelum saya mulakan cerita saya, saya beri warning dulu ya, bab ni tak best seperti yang diharapkan. Anyways, enjoy.... -tinggalkan komen ya, you guys are my motivation-



Bab 7
TENGKU FATTAH berjalan ke ofisnya setelah keluar dari lif. Mujur bapa dia mengizinkannya meminjam kereta daripadanya untuk pergi ke syarikat. Jika tidak, sudah tentu dia akan pergi ke syarikat bersama-sama kakaknya. Keretanya pula telah dihantar ke bengkel oleh rakannya, Harraz, yang mempunyai seorang rakan bekerja sebagai mekanik.
"Selamat tengah hari, tuan," sapa pembantunya, Zara, yang sedang berjalan ke ofis Tengku Isma.
Tengku Fattah menghadiahkan senyuman sambil menganggukkan kepalanya sedikit.
"Selamat tengah hari," jawabnya.
Zara yang baru hendak membuka langkah serta-merta berhenti. "Emm... tuan..." panggilnya.
Langkah Tengku Fattah turut berhenti. "Ya, kenapa?" Wajahnya serius.
"Dato' Irfan datang tadi," beritahu Zara.
Dahi Tengku Fattah berkerut. "Siapa dia? Kenapa dia datang? Bila dia datang? Dia tunggu saya? Dia ada tinggalkan apa-apa pesanan?" soalnya bertalu-talu.
Zara membuka buku notanya. Setelah meneliti isi kandungan, dia kembali memandang Tengku Fattah.
"Dato' Irfan suruh tuan telefon dia. Katanya, ada hal penting tentang projek yang akan diadakan di Tokyo. Dan Dato' Irfan telah pun balik. Dia datang kira-kira pukul 1," jawab Zara sambil menghulurkan kad bisnes yang diberi oleh Irfan.
Tengku Fattah menyambut hulurannya. Sebuah senyuman nipis diukir. "Okey... awak boleh pergi," tuturnya lembut.
Zara menganggukkan kepalanya lalu berlalu dari situ. Tengku Fattah berjalan ke ofisnya. Dia melabuhkan punggungnya pada sofa. Kad di tangannya ditenung.
DATO' IRFAN HAZIQ BIN DATO' ZAREES
MANAGER DIRECTOR OF GOLDEN CORPORATIONS
013-8904321
Mata Tengku Fattah membesar. Golden Corporations merupakan salah satu syarikat yang mempunyai saham terbesar di Malaysia! Sekiranya dia berurusan dengan syarikat itu, itu bermaksud projek yang akan diurusnya itu berharga berjuta ringgit!  Segera Tengku Fattah mencapai telefonnya lalu mendail nombor Irfan.
"Helo," sahut Irfan dari hujung talian.
Tengku Fattah menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan-lahan untuk menenangkan diri.
"Helo, Dato'. Ini Tengku Fattah Emir. Saya diberitahu yang Dato' datang ke ofis saya sekitar pukul 1," mula Tengku Fattah.
"Oh... ya... ya... saya nak tawarkan projek yang akan diadakan di Tokyo hujung tahun ni. Saya rasa I & F Corporations dan Golden Corporations will make a perfect team."
Tengku Fattah ternganga. Tidak sangka bahawa Irfan sudi menawarkannya projek itu. Siap puji lagi tu!
"Sure, why not?" jawabnya.
"That's great! Esok kita adakan mesyuarat di Golden Corporations pukul 12. Nice talking with you, Tengku," ujar Irfan.
"Okey. You too,"jawabnya lalu mematikan talian.
Tengku Fattah tersenyum senang. Terbayang dia wang ringgit jatuh dari langit dan dia dimandikan dengan wang tersebut. Namun tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pukul 12. Selalunya pukul 1 dia telah pun tunggu Mia di sekolah! Maksudnya... dia tidak dapat berjumpa dengan Mia!
"Kakak," bisiknya sendirian.
Dia keluar dari ofis lalu berjalan dengan laju ke ofis kakaknya.
Tok! Tok!
"Tengku Isma masih bermesyuarat," suara pembantu kakaknya, Dayana.
Tengku Fattah menoleh memandangnya yang sedang berdiri di sebelahnya.
"Mesyuarat?" soalnya spontan.
Dayana menganggukkan kepalanya. "Ya, Tengku."
"Bila habis?" soalnya lagi.
Dayana memandang buku notanya. "Pukul 5:30, Tengku," jawabnya. Dia memandang Tengku Fattah yang jelas kecewa mendengar jawapannya.
"Tengku nak tinggalkan apa-apa pesanan?" soal Dayana.
Tengku Fattah menggeleng sambil tersenyum hambar. "Tak perlulah. Thank you," balasnya.
Dayana kembali duduk di mejanya. Tengku Fattah melepaskan keluhan. Dia berjalan semula ke ofisnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"ASSALAMUALAIKUM."
Tengku Isma memberi salam sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah. Tengku Fattah yang sudah lama menantinya di ruang tamu menoleh.
"Kak," panggilnya.
Tengku Isma memandangnya. "Haa... apa?"
Tengku Fattah menghampiri kakaknya lalu berdiri menghadapnya.
"Emm... boleh tak kakak gantikan Tah untuk mesyuarat esok?" soalnya takut-takut.
"Mesyuarat?" Dahi Tengku Isma berkerut.
Tengku Fattah menganggukkan kepalanya. "Ya, pukul 12, di Golden Corporations," terangnya.
Mata Tengku Isma membulat. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman lebar. "Golden Corporations?" Nadanya teruja.
Tengku Fattah mengangguk lagi. "Esok Tah ada hal." Dia mencipta alasan.
"Tak naklah akak. Dia pelawa Tah, kan? Jadi Tah la yang pergi."
Tengku Fattah menggaru kepalanya. "Yalah, yalah," jawabnya.
Tengku Isma beredar dari situ. Senyuman tidak lekang dari bibir. Tengku Fattah melepaskan keluhan. Wajah Mia melayar di minda. 'Nampaknya, tak dapatlah aku jumpa ustazah esok,' keluhnya dalam diam.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
TENGKU FATTAH memandang bosan Irfan yang sedang berdiri di hadapan, membincangkan tentang projek yang akan diadakan di Tokyo itu. Sesekali matanya mengerling jam tangannya. 'Tak lama lagi ustazah balik,' desis hatinya.
Beberapa ketika kemudian...
Tengku Fattah mengerling jam tangannya lagi. Dia mengeluh hampa lalu memandang Irfan semula.
"Ya, kenapa Tengku?" tegur Irfan apabila mendengar keluhan Tengku Fattah.
Tengku Fattah menggelengkan kepalanya. "Nothing. It's just... my habit," bohongnya.
Irfan menganggukkan kepalanya sebelum meneruskan penerangannya. Tengku Fattah menyandarkan dirinya. Matanya melekat pada Irfan, berpura-pura fokus.
'Ustazah dah balik! And I'm still here!' jerit hatinya.
Mia berjalan ke keretanya sambil memandang sekeliling.
'Mana pula Tengku tu bersembunyi...' fikirnya.
Matanya meliar memandang setiap orang di kawasan parkir itu. Setibanya di kereta, dia berjalan sekeliling keretanya. Manalah tahu, Tengku Fattah main serang hendap. Namun hampa. Erk! Hampa? Mia masuk ke dalam keretanya. Dia memandang belakangnya pula. Berharap supaya ada barang yang ditinggalkan Tengku Fattah. Namun keputusannya masih sama. Mia menghidupkan enjin kereta. Dia mengatur penghawa dingin lalu menyandarkan dirinya pada kerusi penumpang.
"Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku dah rindu dia?" bisiknya pada diri sendiri.
Dia menggelengkan kepalanya. "Jangan, Mia. Ingat pesanan kau dulu... jangan sesekali terpedaya dengan dia," katanya lagi.
Dia memejamkan matanya.
Tok! Tok!
Serta-merta Mia membuka matanya. Dia memandang luar tingkap, memikirkan orang yang mengetuk tingkap itu adalah Tengku Fattah. Apabila pandangannya dan 'si pengetuk' bertemu, dia tersenyum.

----------------------------------------------------------------
Itu saja untuk bab 7. Harap suka. Dan, saya sekarang tulis novel lain semasa saya kehabisan idea untuk novel 'Ustazah, Marry Me!'. Nak tahu apa dia? Sabtu ni saya upload la ya? Nama novel tersebut ialah, 'Crushku Penculikku'. Sounds childish right? O_O , idea dah berbakul-bakul kat otak, cuma berharap supaya tak kehabisan idea di pertengahan jalan, macam 'Ustazah, Marry Me!' Cover novel dia : (Andrew Garfield hero cerita ni!)
Sinopsis:
Imani Ariana - Jatuh hati pada Taufik Danial, rakannya sejak tingkatan satu. Pertemuan semulanya dengan Taufik membuatkan hatinya berbunga lagi. Namun pertemuan semula mereka itu bukan seperti yang Imani harapkan. Dia tidak tahu, Taufik ada agenda tersendiri.
"Kill her." - Zach
Taufik Danial - Tidak pernah tahu tentang perasaaan Imani. Sangat mysterious dan berubah 360 darjah selepas pulang dari UK. Setelah mengetahui bahawa sasarannya adalah rakannya sendiri, dia mula gelisah. Bagaimana dia hendak membunuh rakan lamanya?
"Kau dah berubah. Mana kau yang dulu?" - Imani
"People change. Pain does that to people." - Taufik
Dalam usaha Imani mengembalikan Taufik yang dulu, dia mula mengenal masalah 'crush'nya itu. Dan melihat kebaikan Imani melayannya walaupun dia berlagak dingin dengan gadis itu, hati Taufik mula berubah. Perlahan-lahan, dia mula menyukai Imani. Namun Imani tidak tahu bahawa Taufik menculiknya. Bagaimana reaksi Imani apabila rahsia Taufik bocor? Adakah perasaanya masih kekal?
"Kalau aku bukan kawan kau, adakah kau akan bunuh aku?" - Imani

AMARAN: Jikalau tidak suka cerita sad ending, anda DILARANG untuk membaca novel ini. Dan saya berfikir untuk hantar novel ni ke publisher kalau ada rezeki. Kita tengoklah, sama ada 'Ustazah, Marry Me!' atau 'Crushku Penculikku' habis dulu. Promote kat kawan-kawan anda ya... Kalian adalah motivasi saya. Sekian~